Sunday, 22 April 2018

[SOLVED] Flashing Question Mark iMac 21.5 inch Mid 2010 | OKCSJB


(Kedai Repair Laptop JB) | OKCSJB

Hari ini kami ingin kongsi kan masalah iMac 21.5 Inch Mid 2010 "Keluar Paparan Tanda Soal Berkelip Kelip"

Ya, ini yang kami maksudkan

Anda pernah hadapi masalah yang sama? Kebiasaan nya terdapat beberapa masalah jika mac anda mengeluarkan paparan "Tanda Soal Berkelip Kelip" antaranya

* OSX anda sedang di update menggunakan internet dan secara tidak sengaja anda telah mematikan proses update yang masih belum selesai

* Harddisk anda sudah rosak atau tidak detect

* Kabel Harddisk anda sudah rosak (kerap berlaku pada model Macbook)

* OS X anda bermasalah

Setelah kami menerima imac 21.5 inch mid 2010 dengan masalah "Question Mark" kami terus membuat troubleshoot


Kes kali ini hard disk nya sudah rosak (Hard Disk tidak detect)
Setelah berbincang dengan pelanggan bersetuju untuk terus upgrade ke SSD (Solid State Drive) Samsung Evo 850 250GB 

Ini lah dia SSD yang digembar gemburkan,  laju, effisien dan anti shock proof
Seterusnya kami pun melakukan proses mengeluarkan Hard Disk asal dan gantikan dengan "SSD Samsung Evo 850 250GB"

Sambil sambil nak buka bersihkan dulu habuk pada imac ini

* Untuk pengetahuan, saiz Hdd asal iMac 21.5 inch 2010 ialah jenis 3.5 Sata (HDD PC) manakala SSD pula jenis 2.5 Sata (Lebih kecil berbanding saiz Hdd asal) dan boleh masuk pada macbook pro sehingga model tahun 2012 serta laptop biasa yang mempunyai port sata

Kami Menggunakan Bracket Bagi Memastikan SSD anda Dipasang Dengan Baik Dan Kukuh
Ada sesetengah kes, kami terima imac yang hanya menggunakan "Double Side Tape" ketika dihantar kepada kami

Jika anda pemilik imac sehingga Tahun 2011, sila pastikan bracket ini dipasang ketika proses pemasangan SSD

Hasil Setelah Pemasangan SSD + Bracket
Selesai proses pemasangan baru kita boleh buat proses "install osx, kebiasaanya kami akan rekomen osx yang sesuai untuk mac anda tetapi anda masih boleh memilih osx yang anda mahu
Proses install OS X
Setelah OSX selesai di "install" pasang semula "glass" hadapan dan masuk kan beberapa software basic kemudian kita akan trim kan SSD anda supaya imac anda lebih wow

Soalan pertama pelanggan ini masih berbaloi kah untuk upgrade model 2010 pada tahun 2018?

Setelah beliau merasai sendiri kelajuan ssd ini beliau mampu tersenyum sambil berkata "you did great job"

Kami baiki laptop, imac dan macbook
Jika anda menghadapi masalah yang sama atau ingin upgrade ke ssd boleh datang ke kedai repair laptop jb | OKCSJB

"No fix No fee"




Tuesday, 10 April 2018

[Solved] Upgrade SSD Macbook Retina A1502 Early 2015 ke NVME SSD | Repair Macbook Johor Bahru

Macbook Pro Retina A1502 Early 2015 NVME Upgrade | OKCSJB (Kedai Repair Macbook Johor Bahru)


Ini adalah kelajuan hasil daripada upgrade "Stock SSD Apple" ke Samsung 960 Evo NVME SSD

Laju bukan? Okay kami nak kongsi kan kali ini kami dapat satu kes dimana Macbook ini semasa dihantar kepada kami mengalami masalah "no entry sign" Ya selalu nya simbol ini bermaksud osx tiada atau sudah "corrupted" 

Jadi kami pun ambil langkah untuk format melalui external usb tetapi gagal! Sebab apa?
Nah SSD asal macbook ini sudah rosak dan tak detect!

Wah bukan murah ssd ni, boleh beli laptop used yang bagus, hmm

Setelah berbincang dengan tuan macbook ini setuju untuk Upgrade Macbook Pro Retina A1502 Early 2015 beliau kepada NVME Samsung 960 Evo

Untuk memulakan proses upgrade ini agak rumit kerana bukan semua macbook boleh pakai SSD jenis NVME ini

Antara barang yang perlu ada "Converter SSD asal ke NVME"


Haa ini lah dia rupa Samsung 960 Evo NVME SSD + Adapter NVME Converter

Dah ada converter? Tenang ini baru langkah awal, bukan semua Kedai Repair Macbook Di Jb ada jual converter ini, jangan risau kami ada untuk pastikan anda ceria semula

Kemudian kami pun buat proses pemasangan pada Macbook Pro Retina A1502 Early 2015 ini


Beginilah keadaan NVME setelah siap di masukkan pada Macbook Pro Retina A1502 Early 2015

Bila dah siap masuk NVME ini tidak semudah yang di sangka sebab NVME ini bukan jenis "pnp" pada Macbook Pro Retina A1502 Early 2015

Kami perlu lakukan "configure" untuk memastikan NVME SSD ini detect pada macbook ini


Kami menggunakan ubuntu untuk mengeluarkan partition pada NVME
Setelah partition berjaya dikeluarkan baru kami boleh install OSX High Sierra, ingat ya NVME hanya support bermula dari OSX High Sierra kerana partition "APFS" telah menggantikan partition yang lama "Mac os x Journaled"


Akhirnya kami berjaya upgrade Macbook Pro Retina A1502 Early 2015

Siapa yang sesuai untuk tukar dan upgrade kepada NVME SSD ini?
Anda yang menghadapi masalah di bawah ini

* SSD Asal yang sudah "kong" dan tidak detect
* Storage anda yang terlalu kecil

NVME terhad kepada beberapa model sahaja antara yang bertuah Macbook Pro Retina tahun 2013, 2014 dan 2015 untuk 13 inch dan 15 inch

Kat mana nak upgrade Samsung 960 Evo NVME ni?
Boleh datang ke Kedai Repair Macbook JB (OKCSJB)






Wednesday, 15 November 2017

LOKASI OK COMPUTER SOLUTION JOHOR BAHRU

LOKASI OKCS JOHOR BAHRU


Kedai Kami terletak di Tingkat Atas


Landmark Berhampiran Kami, Plaza Larkin

OKCSJB
  • Kami Repair 
  • Macbook Pro
  • Macbook Air
  •  iMac
  • Compaq
  •  Acer
  •  Asus
  •  HP
  • Toshiba
  • Dell 
  • Samsung
  • Sony Vaio
  • Lenovo
  • Di sekitar Johor Bahru, Larkin, Tebrau, Skudai, Pasir Gudang, Permas Jaya, Masai, Tampoi
Lokasi Kami

NO 57-01, JALAN DATARAN LARKIN 1
TAMAN DATARAN LARKIN
80350, JOHOR BAHRU
JOHOR

3 Min Dari Stadium Larkin
1 Min Dari Bustand Larkin


Monday, 23 October 2017

Kelas Asas Baiki Laptop Kini Dibuka


Wow, Perempuan Pun Boleh Bikin Laptop

Kalau dah repair laptop guna BGA rework machine orang kata dah tahap advance
Masalahnya kalau basic pun tidak ampuh bagaimana pula nak ke depan kan?
Nak buka 12 orang yang nak belajar asas repair laptop ni

  • Belajar install windows
  • Belajar install software
  • Belajar diagnos kerosakan laptop
  • Belajar bukak laptop
  • Belajar bukak skrin
  • Belajar bukak keyboard
  • Belajar bukak RAM
  • Belajar bukak HDD
  • Belajar tutup semua perkara di atas
  • Semua praktikal 
  • Teori mesti ada
  • Toolkit diberikan
  • Installer diberikan
Siapa Patut Join Kelas Ni?
  • Mereka yang ingin belajar bidang servis baik pulih laptop yang tidak mempunyai sebarang ASAS baiki laptop
  • Orang yang serius nak buat part time baiki komputer dan laptop
  • Lepasan pelajar pelajar SPM,SIJIL,DIPLOMA,DEGREE daripada tak ada kerja,duduk diam je, jom join boleh lah tambah side income korang nanti
Of Cos Ada Yuran
RM500 Untuk Dua Hari

Kami Ajar Sekali Camna Nak Buat Kedai Komputer Yang Tak Pernah Rugi

Kalau dua hari tak cukup, boleh join technician kami buat kerja repair untuk mengenal "real problem" yang sering dihadapi pelanggan kami tanpa sebarang charge
(Bergantung pada kekosongan,kalau serentak kang habis 12 orang dok dalam kedai kami :)

Dah habis manja dah ni
Ramai dah otai pasal asas ni
Tak semua pandai mengajar

Yang Paling Best Kelas Ini Di Ajar Oleh Pengasas OKCS Sendiri Tuan Muhammad Luqman Bin Ayob





Encik Luqman sedia berkongsi ilmu, kemahiran serta pengalaman yang luas kepada anda yang benar-benar berminat menerokai ilmu baikpulih komputer.


 LATIHAN DARI SEGI TEORI

Banyak perkongsian menarik yang akan dikongsikan bersama Pengasas dan juga TEAM OKCS


 LATIHAN DARI SEGI AMALI.

Selalu tengok orang repair sahaja kan.
Dalam kelas ini kita berikan peluang untuk anda menguasai dan merasai sendiri prosedur baikpulih yang akan dibimbing oleh OKCS


SIJIL, TOOLKIT, INSTALLER DAN BANYAK LAGI MENANTI ANDA

Anda serius nak belajar, kami serius nak ajar
Hubungi Kami
013-334 0010 (Nazim)

Monday, 28 August 2017

Magsafe Anda Putus, Luka dan Koyak?

Berita gembira buat semua pengguna Macbook jika anda pernah mengalami kerosakan kabel pada Magsafe seperti berikut

* Kabel Koyak
* Kabel Luka
* Kabel Putus
* Intermittent


 Kabel Magsafe Putus


 Kabel Magsafe Luka


Masalah di atas sering terjadi apabila Magsafe anda tidak dijaga dengan serius atau kurang cermat ketika menggulung kabel Magsafe

OKCSJB boleh bantu anda dengan cara menukar Satu Set Kabel dc Magsafe untuk 45w, 60w & 85w sama ada kepala L dan T


 Kabel dc Magsafe satu set kepala L dan T


Sebelum Penukaran Kabel


Selepas Penukaran Kabel Baru


 Penukaran Kabel dilakukan dari litar


 Magsafe 45w kepala T setelah siap proses penukaran kabel dc baru


Kami menawarkan servis penukaran kabel dc 1 set
* 45w, 60w & 85w
* Kepala L atau T
* Siap Pada Hari Yang Sama (Bergantung Pada Que Repair)
* RM120 Siap Pemasangan
* Tidak Perlu Beli Magsafe Baru Jika Magsafe Anda Masih Berfungsi


Bagaimana jika anda duduk di luar Johor Bahru?
* Anda boleh pos kan Magsafe anda ke kedai kami
* Pembayaran boleh dilakukan melalui online transaction (CIMB BANK)
* Kami akan buat penukaran kabel anda sebaik kami menerima Magsafe anda
* Kos penghantaran dikenakan RM10 bagi seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak
* Hubungi Hazwan +6012-7567363 untuk segala details


Saturday, 24 October 2015

Apple : Upgrade kepada OS X El Capitan




Terdapat begitu banyak sebab untuk upgrade kepada OS X El Capitan. Anda akan mendapat akses kepada ciri-ciri baru yang akan membuatkan Mac anda lebih cekap dan menyeronokkan. Dan upgrade adalah satu-satunya cara untuk memastikan bahawa anda mempunyai ciri-ciri keselamatan terkini dan peningkatan prestasi. Tambahan pula, Ia percuma dan ia adalah mudah.

ADAKAH MAC ANDA BOLEH RUN EL CAPITAN?


Mac yang diperkenalkan pada tahun 2009 keatas, dan beberapa model tahun 2007 dan 2008, boleh upgrade kepada El Capitan.

Model-model Mac yang serasi dengan OS X El Capitan:

MacBook (awal 2015)
MacBook (lewat 2008 aluminium, atau awal 2009 atau lebih baru)
MacBook Pro (Mid / lewat 2007 atau lebih baru)
MacBook Air (lewat 2008 atau lebih baru)
Mac mini (awal 2009 atau lebih baru)
iMac (Mid 2007 atau lebih baru)
Mac Pro (awal 2008 atau lebih baru)
Xserve (awal 2009)

Untuk keterangan lebih lanjut mengenai model Mac anda, klik ikon Apple di bahagian atas sebelah kiri skrin anda, pilih About This Mac, kemudian pilih More Info. 




Anda hanya perlu memastikan Mac anda bersedia.



Jika Mac anda sedang menggunakan OS X Snow Leopard (v10.6.8) atau yang terbaru, anda boleh upgrade terus kepada El Capitan.


Upgrade adalah percuma dan mudah daripada apa yang anda fikirkan.

Lawati halaman OS X El Capitan pada Mac App Store. Klik butang muat turun dan ikuti arahan pada skrin untuk memulakan upgrade anda. Jika anda tidak mempunyai akses jalur lebar, anda boleh menaik taraf Mac anda di mana-mana Outlet Ok Computer Solution.

Testimoni