Sunday 25 September 2011

Adapter Charger for all laptops models


Panduan membeli Power Adapter/ Charger Laptop


Mahu membeli power adapter baru? Samada anda hendak mencari pengganti adapter anda yang rosak? atau saja nak buat spare sahaja, atau saja nak beli lebih untuk letak kat rumah atau ofis, Artikel ini akan membantu anda dalam membuat keputusan

1. Cari "tip" yang betul - Setiap laptop mempunyai sambungan tersendiri. Anda perlu mencari tip yang padan dengan laptop anda. Benda ni senang je nak tau. Selalunya, satu adapter mempunyai 2 hujung,satu plug yang sambung kat dinding tu, satu lagi yang disambung ke lubang power di laptop. Benda inilah yang dipanggil TIP. Laptop anda tidak boleh digunakan kalau menggunakan TIP yang salah. Anda cuma boleh guna tip yang bebetul ngam sahaja
AMARAN! jangan paksa tip ni masuk lubang! nanti patah power jack kat laptop tu.



2. Cari "output voltage" yang betul. Setiap laptop mempunyai nilai output yang berlainan. Anda mesti menggunakan output voltage yang betul! Jika tidak, laptop anda boleh rosak kerana terlebih kuasa atau laptop anda tak boleh on kerana tak cukup power. Anda boleh cari output Voltage ini samada di belakang laptop anda atau pada charger adapter yang sedia ada.
Contoh putput voltage yang biasa ialah 3.42A, 4.74A, 3.5A dan  lain lain lagi.



3. Cari input voltage yang betul. Biasanya di Malaysia, input voltage yang digunakan adalah 220-240V. kalau di Jepun 110V. Biasanya ini tidak menjadi masalah kerana kebanyakan Power Adapter di Malaysia memang mempunyai spesifikasi yang ngam dengan inpUt voltage di Malaysia. Kecuali anda mahu keluar negara pastikan anda membawa Adapter yang mempunyai input voltage yang betul dengan negara yang anda lawati! kalau tak meletup nanti!



Tapi kalau dah tak tahu jugak camna nak cek atau cari adapter yang betul, boleh lah tengok list list di bawah
Kalau ada, memang ngam lah tu, kalau tak ada boleh hubungi kami untuk kepastian



Untuk senarai barangan yang kami jual, boleh layari 


Sila klik gambar di atas


Sila klik gambar di atas

No comments:

Post a Comment