Friday 29 June 2012

Repair Laptop Acer aspire 4740

Repair Laptop Acer aspire 4740 
Tuan laptop seperti yang diatas mengadu kepada kami bahawa laptop beliau mengalami masalah auto shut down tanpa ditekan button shut down pun. Dengan rasa tidak berpuas hati dengan keadaan tu beliau segera datang ke kedai kami untuk mendapatkan kepastian apa sebenarnya yang berlaku kepada laptop kesayangannya. Kami sangat mengenali akan model laptop ini dimana selalu keluar masuk kedai kami dan kami tahu apa punca masalah itu berlaku. Ia adalah disebabkan chipset power controller yang sudah terbakar, hangit, rentung disebabkan saluran pernafasan bagi laptop tersebut dek habuk-habuk yang terkumpul pada fan laptop.

Habuk-habuk tadi menyebabkan suhu laptop meningkat lantas menyebabkan chipset yang sangat fragile kepada haba rosak. Jadi beliau segera membuat keputusan untuk menyerahkan laptop beliau kepada kami kerana beliau yakin dengan kepakaran kami dalam menyelesaikan masalah tersebut.

jadi peringatan kami kepada pengguna-pengguna laptop agar membuat pembersihan kipas atau fan laptop sekitar 6 bulan sekali. Ini akan membuat laptop anda sentiasa berada pada suhu yang tidak menyebabkan laptop mengalami masalah yang sama dengan pengguna diatas.



Inilah heatsink tersumbat dek habuk . Gambar bukan hiasan, real punya.

Haa, inilah punca terjadinya masalah kepada laptop diatas. Habuk diantara heatsink serta kipas yang menyekat pengaliran udara atau haba daripada motherboard menyebabkan laptop mudah atau senang rosak. Jangan bazirkan duit anda disebabkan kemalasan anda untuk membersihkan heatsink dan juga kipas laptop.
artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair motherboard, autooff, cannot on, auto shut down, no display, skrin tak keluar gambar, caps lock berkelip-kelip

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Thursday 28 June 2012

Repair Screen & Keyboard Laptop Acer Aspire 4720

Repair Screen & Keyboard Laptop Acer Aspire 4720
Entri kali ini agak menarik kerana pengguna laptop ini telah 'terkena' di salah sebuah kedai repair laptop yang dirahsiakan namanya.

Nak tahu apa yang terjadi?
1. Ibu kepada tuan laptop ini telah menghantar ke kedai repair komputer tersebut dan dikenakan kos yang agak tinggi untuk tukar skrinnya. Mungkin kos tinggi itu adalah perkara biasa bagi sesetengah orang, tetapi beliau telah sekali lagi 'terkena' dengan ditukar skrin yang bukan BARU dan ORIGINAL.
2. Pakai tak sampai 2 bulan dah rosak. Ingatkan rosak inverter, tetapi selepas hantar kepada kami dan kami cek rupa-rupanya skrinnya dah rosak. Dah lah rosak, bagi yang 'second hand' pula tu.
3. Keyboard pun sama dah rosak satu 'button' menyebabkan kesukaran pengguna laptop ini nak buat kerja.

Perhatian kepada anda di luar sana, berhati-hatilah apabila ingin repair sesuatu berkenaan dengan laptop anda. Carilah kedai repair komputer yang boleh anda percayai. :)



artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang acer aspire 4720, repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack
laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah, ok computer solution
Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Wednesday 27 June 2012

Repair Skrin Laptop Macbook Air

Repair Skrin Laptop Macbook Air 


Macbook Air adalah salah satu gadget yang sedang popular sekarang. Ini adalah brand premium yang ringan dan mudah untuk dibawa ke mana mana. Ianya juga menjadi lambang status seseorang itu.

Macbook Air di atas telah dihantar oleh seorang doktor dari Kota Bharu setelah melihat hasil kerja kami di website ini. Dengan konfiden beliau telah poskan Macbook Air beliau kepada kami untuk dibaiki.

Beginilah yang terjadi pada Macbook Air tersebut. Skrin crack.

Setelah meneliti kerosakan tersebut, kami telah memulakan usaha mencari skrin bagi Macbook Air di atas.
Umum telah mengetahui, semua spare part bagi Macbook Air amat tidak munasabah.
Kami telah meminta sebut harga dari Apple sendiri, dan harganya adalah mencecah sehingga RM2000

Ya betul apa yang anda fikirkan, baik beli laptop baru

Tetapi tidak ada yang sekelasnya dengan Macbook Air ini.

Cari punya carik, last last tak jumpa,
Jalan terakhir kami terpaksa gunakan khidmat ejen dari luar negara.

Alhamdulillah, dapat juga kami import LED bagi Macbook Air di atas
murah la sikit.
Masalah pertama selesai,

Apa masalah kedua?

Ya masalah kedua adalah nak pasang pulak, bukan senang ya tuan tuan dan puan puan nak bukak LED skrin Macbook Air ini, perlukan alatan khas. Nasib baik kami ada mesin khas yang dibawa dari luar negara untuk bukak semua produk Mac, Macbook Air, Macbook Pro, iPad pun kami boleh buka sekarang

Ini adalah LED skrin Macbook Air (sangat sangat nipis kan transparent lagi)


Ini adalah hasilnya, LED skrin Macbook Air yang telah berjaya kami tukar 

Kami sangat berpuas hati untuk membantu doktor tersebut membaiki Macbook Air beliau dengan harga yang lebih murah. Macbook Air beliau sekarang dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu.


artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang macbook air, macbook pro, repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack
laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah, ok computer solution
















Jika anda ada masalah seperti di atas, boleh hubungi kami di nombor tertera di bawah :






TESTIMONI


Dah beratus ratus customer yang datang ke kedai kami ( sila lihat testimoni)