Tuesday 31 July 2012

Repair Screen Laptop Asus X42D

Repair Screen Laptop Asus X42D 
Untuk entri kali ini, saya membawakan kepada anda laptop asus X42D yang memnggunakan skrin mahupun screen bersaiz 14.0" LED. Jika dilihat kepada gambar diatas skrinya telah retak dan mengikut pengakuan oleh tuan punya laptop, beliau menjatuhkan laptopnya dengan sengaja. Dan apabila beliau mengangkat terus ON laptop tersebut, hatinya retak seribu memandang skrin itu.

Beliau seorang pekerja yang bekerja menggunakan laptop dan beliau sangat risau jika laptopnya tidak dapat digunakan pada keesokan harinya. Setelah berfikir dan beliau bernasib baik kerana mengadukan masalah kepada kawan karib beliau dimana kawan karib beliau mengesyorkan okcomputersolution destinasi yang sepatutnya. Setelah menunggu selamat 20minit laptop beliau kelihatan seperti sediakala.  
Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair laptop asus x420, screen, crack, asus laptop, screen asus, asus, asus laptops, asus notebook

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Monday 30 July 2012

Repair Screen Laptop Acer Aspire D250

Repair Screen Laptop Acer Aspire D250 
Ini adalah salah satu model daripada acer yang kecil molek. Tetapi kami hairan sebab yang kecil-kecil ini lah yang selalu masuk ke kedai untuk ditukarkan skrin yang pecah. Kebanyakan orang atau pengguna sering meletakan nrtbook ini dibawah iaitu di atas lantai.

Untuk mengelakan berlakunya perkara yang sama dinasihatkan agar setiap pengguna laptop mahupun netbook supaya membuang tabiat menggunakan laptop sambil meniarap. Bukan sahaja tak elok dipandang malah bila orang tersepak free-free saja kena tukar screen baru.
Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair hp mini D250, lcd screen, screen, hp, hp mini, lcd crack, lcd pecah, screen pecah, hp netbook

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Thursday 26 July 2012

Repair Laptop Hp Mini

Repair Laptop Hp Mini
Kebelakangan ini netbook jenis HP ini kerap bertandang ke kedai kami untuk dibaik pulih. Macam-macam masalah yang ada seperti black screen, wifi problem, keyboard rosak, windows problem dan macam-macam lagi. Bagi gambar diatas kesemuanya adalah Hp Mini yang berlainan number model. Tetapi mereka mempunyai masalah yang sama iaitu masalah "cannot ON", "ON but NO DISPLAY".

Bagi kami ini adalah perkara biasa untuk kami kerana memang kepakaran kami dalam bidang ini. Jadi Hp Mini seperti mana laptop-laptop lain perlu dicuci dan sentiasakan mereka dalam keadaan sejuk bagi mengelakakn kerosakan pada motherboard.
Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair hp mini, hp mini 110, hp mini 210, hp netbook, netbook hp, mini hp, mini notebook

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Wednesday 25 July 2012

Repair Laptop NEC Versa S5501

Repair Laptop NEC Versa S5501
Sebelum bercerita tentang masalah laptop ini, saya ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada umat islam dan selamat berbuka puasa apabila sampai masanya. Ok sambung cerita. Laptop NEC ini jarang juga kita dengar beritanya di ok computer solution kerana tiada kisahnya dikeluarkan sebagai Job of The Day.

Laptop ini mempunya masalah dengan display, laptop ini perlu di buka tutup skrinnya untuk membetulkan display yang kadang-kadang ada dan kadang-kadang tiada. Apabila tuanya membawa laptop ini ke kedai, kami menyangka bahawa ia adalah masalah inverter. Bila laptop ini dibawa ke workshop kami, chipset displaynya sudah rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

Setelah selesai ditukarkan chipset, memang ternyata lagi bersuluh bahawa inverternya tidak bermasalah tetapi chipsetnya yang sudah rosak. Jadi kami sudah dapat menyelesaikan satu masalah berkaitan laptop NEC.

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair nec versa s5501, motherboards, laptop motherboards, motherboards laptop, nec versa, nec laptop, nec notebook

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Tuesday 24 July 2012

Repair Laptop Sony Vaio Pcg-4qap

Repair Laptop Sony Vaio Pcg-4qap
Sebelum memulakan entri ini saya mengucapkan tahniah kepada crew-crew okcomputersolution kerana berjaya membaiki laptop sony vaio ini yang ke 101. Jadi kenapa laptop jenis sony ini selalu saja diupdatekan cerita sebagai Job of The Day? Kami memdapati bahawa laptop sony vaio mempunyai satu masalah iaitu auto shutdown. Sebagaimana laptop diatas, sony vaio ini sering sahaja tertutup dengan sendirinya apabila digunakan 2 3 jam.

Setelah diperiksa oleh pakar technician kami, masalah itu berpunca daripada motherboard. Jaga-jaga dan hati-hati bagi pengguna laptop sony vaio kerana masalah ini sudah merebak ke laptop sony juga. Jadi apa yang kami buat adalah dengan menukar chipset yang bermasalah pada motherboard sebagai jalan penyelesaian. Namun tetapi, chipset bagi sony vaio khususnya sangatlah tinggi kosnya serta jarang dijumpai di negara kita. Kami pun terpaksa menunggu lama sedikit untuk mendapatkan chipset yang didatangkan khas dari china ini.
Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair sony vaio pcg, sony vaio notebook, notebook sony vaio, sony computers, vaio vaio

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Monday 23 July 2012

Repair Screen Laptop Acer Aspire 4551

Repair Screen Laptop Acer Aspire 4551
Keadaan di mana laptop dijadikan bahan mainan anak-anak dirumah. Sedih serta tidak bermaya si empunya laptop  lagi-lagi time puasa macam ni.

Dapat je kat kami tak payah cerita banyak, snap satu dua keping gambar dan terus tukar. Kan seronok tengok skrin da berubah macam ni.

Dengan jaminan selama tiga bulan serta menggunakan skrin yang original, saya tanpa ragu-ragu untuk datang ke sini untuk menukarkan skrin saya yang pecah ini. Ternyata mereka memang terbaik!

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair screen laptop acer aspire 4551, repair laptop, laptop screen, lcd screen, acer monitor, laptop repair, lcd display, screen laptop, acer lcd

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Thursday 19 July 2012

Repair Screen Laptop Sony Vaio Pcg-6qzp

Repair Screen Laptop Sony Vaio Pcg-6qzp
Kami ada terdengar akan desas-desus bahawa skrin untuk Sony, tak kiralah model apa-apa pun harganya memang mencecah ke langit, mahal gila! Harga tu dah boleh beli laptop pulak kalau dibandingkan dengan harga laptop secondhand pada masa sekarang.

Tetapi kenapa kami masih menerima pelanggan yang ingin mahu menukar skrin Sony model bla bla sekalipun. Ini kerana harga kami agak tidah cekik darah yang mana setiap pemilik laptop Sony mampu untuk membayarnya. Bahkan kami menyediakan yang original serta memberi jaminan selama 3 bulan. Skrin ini didatangkan khas dari China. Selama kami menyediakan servis menukar skrin laptop Sony ni belum ada lagi pelanggan yang datang untuk claim warranty dengan kami. 

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair screen laptop sony vaio, vaio, sony vaio notebook, sony notebook, laptop screen, sony vaio pcg, sony laptops, computer screen, notebook sony, vaio notebook

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Wednesday 18 July 2012

Repair Screen Laptop Toshiba Satellite C640D

Repair Screen Laptop Toshiba Satellite C640D
Hari ini kami membawakan kepada anda entri tentang laptop toshiba. Kebanyakan mengetahui bahawa toshiba adalah jenama yang sangat bagus model industri elektronik dan salah satu produk terbaik adalah laptop ataupun dikenali sebagai notebook ini. Tetapi dari banyak-banyak brand yang ada sekarang semuanya tidak tahan atau fleksible bila saja terjatuh mahupun terhentak. Skrin pasti akan cedera seperti gambar diatas.

Setelah tuan laptop mendapat tahu harga skrin serta diberikan jaminan selama tiga bulan oleh kami untuk skrin yang original, berubahlah display laptop ini setelah ditukarkan skrinya. 

Tuan laptop sangat gembira dan sangat berpuas hati kerana tidak membuang masa untuk pergi menukar skrin, 15 minit dah siap!
Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair screen laptop toshiba c640d, laptop toshiba, toshiba laptop, laptop, laptop screen, notebook toshiba

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Tuesday 17 July 2012

Repair Screen Laptop Acer Aspire TimelineX 4820TG

Repair Screen Laptop Acer Aspire TimelineX 4820TG

Video dibawah adalah komen pelanggan yang mengalami masalah yang agak besar untuk kami selesaikan iaitu berkenaan Job of The Day untuk semalam. Sila hayati...

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair screen laptop acer aspire timelinex 4820TG, screen, crack, screen crack, acer aspire, acer timelinex, aspire timelinex

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Monday 16 July 2012

10 Tips berguna untuk me'LAJU'kan komputer anda.

Semestinya sangatlah membengangkan apabila laptop atau computer anda sangatlah lembab. Di masa kritikal seperti  hendak menyiapkan tesis, projek, assignment, kertas kerja dan apa sahajalah, masa itulah computer anda meragam dan sememangnya perasaan marah anda meluap-luap. Tapi apakah sebenarnya puncanya? Jangan marahkan computer anda. Anda nakhoda jadi anda yang bertanggungjawab terhadap computer anda. Mari kita lihat 10 tips apa yang anda boleh lakukan untuk mengembalikan kelajuan atau lebih tepat mengembalikan  efisien sisetm computer anda.

1. ‘Defrag’ hard disk anda. Ini untuk bertujuan mengurangkan ruang-ruang kosong antara data anda dan membuatkan data anda tersusun rapi hingga memudahkan dan mempercepatkan system atau komputer anda mencari sesuatu data.

2. Bersihkan hard disk anda. Bukan dengan cara mencuci hard disk anda tetapi dengan membuang ‘temporary files’ yang hanya menyemak di dalam laptop anda. Restore point yang terlalu banyak dan program yang tidak digunakan lagi pon akan melembabkan system anda. Jadi buang mereka semua. Selalulah mengosongkan ‘Recycle Bin’ anda.

3. Kurangkan running program yang berjalan di background. Ini kerana mereka-mereka ini hanya akan mensia-siakan memory RAM anda. Contohnya jika anda tidak menggunakan Skype, Yahoo Mesengger, uTorrent, atau apa saja program yang anda rasa anda tidak gunakan pada waktu itu, tutupkan sahaja.

4. Yang paling penting anda mestilah mempunyai RAM yang tinggi atau munasabah. Maksud munasabah ialah jika anda hanya ada 1GB RAM, janganlah menggunakan Windows Vista, Windows 7 pon tidak berapa efisien. Gunalah Windows XP atau upgrade sahaja RAM anda jika masih boleh.

5. VIRUS! Ini adalah musuh utama laptop yang menggunakan OS Windows. Anasir-anasir jahat inilah yang akan menggodam laptop anda dan melembabkan system laptop anda. Adik-beradik mereka juga hendaklah dihindarkan seperti spyware, malware dan yang sewaktu dengannya. Gunalah ANTIVIRUS yang bagusuntuk menghindarkan meraka menceroboh laptop anda.

6. Periksa hard disk anda dengan aplikasi seperti Error Checking Utility. Ini kerana, lama-kelamaan, hard disk akan mempunyai peluang dijangkiti penyakit ‘bad sector’. ‘Bad sector’ ini akan memperlahankan prestasi hard disk anda dan mengkin menyebabkan kesukaran untuk system anda membaca data-data dalam komputer anda.

7. Pernah dengar pasal ReadyBoost? Hanya terdapat dalam Windows Vista dan Windows 7, aplikasi baru ini menggunakan ruang-ruang memori dalam pendrive anda untuk bertindak seperti RAM. Jadi kandungan RAM anda akan bertambah.

8. Berjinak-jinaklah dengan Windows 7. Windows 7 mempunyai reputasi yang baik untuk memproses data dengan pantas berbanding Windows Vista terutamanya.

9. Anda juga boleh menggunakan beberapa perisian atau aplikasi untuk membantu memantau komputer anda dan membersihkan computer anda seperti TuneUp Utilities, Ccleaner, Advanced Stystem Optimizer, dan sebagainya.

10.  Susah sangat dan tidak faham apa yang tercatit di atas? FORMAT sahaja computer anda. Ia seperti kelahiran semula komputer anda yang telah membuang segala bebanan komputer anda. Komputer anda akan jadi seperti bayi yang baru lahir dan tahap efisien computer anda akan meningkat dengan sangat drastik! Perlu diingat! Format bukan senang dan tidaklah susah sangat. Akan tetapi, jika salah langkah, anda akan berjumpa kawan baru anda yang tidak mahu anda jumpa, BLUESCREEN!! Ini mungkin terjadi kerana anda salah install driver bagi computer anda. Hantar sahaja kepada pakar. Tahulah mereka apa untuk dibuat.

ditulis oleh OK Computer Solution Malacca

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Repair Screen Laptop Acer Aspire TimelineX 4820TG

Repair Screen Laptop Acer Aspire TimelineX 4820TG
Hanya skrin yang rosak?

Tidak!

Tidak!!

Tidak juga!!!

Laptop ini ditinggalkan diatas kereta dan tuannya terlupa mengambil laptop ini dan terus memandu. Akhirnya, laptop ini jatuh dan tuannya tidak sedar. Hujan turun membasahi bumi serta laptop ini. Setelah 20 minit barulah beliau sedar akan kehilangan laptopnya. Setelah diteliti, laptop ini skrin telah pecah dan tidak boleh ON.

Nantikan keadaan laptop ini setelah dibaiki pada entry hari esok.

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair screen laptop acer aspire timelinex 4820TG, screen, crack, screen crack, acer aspire, acer timelinex, aspire timelinex

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Saturday 14 July 2012

Repair Screen Laptop Compaq Presario V3000

Repair Screen Laptop Compaq Presario V3000
Jenama compaq sering sahaja mengalami masalah screen. Salah satunya adalah seperti diatas iaitu mengalami keputihan. Display hanya mengeluarkan warna putih dan tiada tanda-tanda akan mengeluarkan paparan windows laptop ini. 

Dan selepas ditukarkan screen yang kami ada, ternyata skrin yang lama sudah rosak. Dan jika menggunakan screen yang tidak original, masalah yang sama akan berlaku semula. Jadi pakailah screen yang original sahaja.
Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair screen laptop compaq presario v3000, screen white, no display, lcd screen, display screen

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Friday 13 July 2012

Repair Screen Laptop Asus K53s

Repair Screen Laptop Asus K53s
Laptop ni memang besar saiz skrinnya. 15.6" tu. Kalau lagi besar saiz skrin, lagi besarlah jumlah wang perlu dibelanjakan jika skrin itu jadi retak seperti gambar di atas. Sering kali bila laptop skrinnya pecah adalah 90% adalah disebabkan jatuh. Tuan punya laptop ni menjatuhkan laptop ini secara tidak sengaja iaitu terlepas dari gengaman.

Kami telah mengorder skrin untuk laptop ini kerana skrin saiz sebesar ini jarang masuk kedai untuk ditukar. Namun nasib tidak menyebelahi tuan punya laptop kerana skrin yang diorder rosak dan tidak compitible dengan laptop asus ini. Jadi kami mengambil masa lagi satu hari dan terus menyiapkan laptop ini secepat mungkin.
artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair screen laptop, repair laptop, laptop screen, laptop asus, asus laptop, lcd screen, screen pecah, pecah screen, screen retak, retak screen

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Thursday 12 July 2012

Repair Laptop Sony Vaio Pkg-5kcp

Repair Laptop Sony Vaio Pkg-5kcp
Hari ini kami membawakan kepada anda iaitu laptop yang brandingnya sangat gah di seluruh dunia dengan teknologi yang terkini dan juga canggih. Sony vaio antara brand yang sangat dikagumi. Namun, setiap benda yang mausia cipta mesti tak lari dari kelemahan. Mesti ada dan anda mesti menerimanya. 

Laptop ini telah mengalami masalah "cannot on". Bila dimasukkan power, tekan button ON sembilan kali pun tak akan hidup. Ini disebabkan oleh power controller chipsetnya telah rosak sama ada terbakar, hangit, atau hangus. Nasib baik kami mempunyai teknologi yang boleh dikata tidak ketinggalan zaman dan dapat menyelesaikan masalah laptop ini dalam masa yang singkat. Tuan laptop ini adalah warga Maldives dan berangkat pulang ke sana dengan gembira pada hari ini.
artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair sony vaio, sony vaio notebook, sony computer, sony laptop, vaio laptop, repair laptop, motherboard

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Wednesday 11 July 2012

Repair Laptop CSL N1100

Repair Laptop CSL N1100
Hari ini kami sekali lagi dikejutkan dengan kehadiran laptop yang jarang ataupun tidak pernah ditemui diman-mana. CSL adalah sinonim dengan jenama handphone brand Malaysia buatan China tetapi sudah mengeluarkan netbooknya sendiri. Netbook ini mengalami masalah dimana mic/microphonenya tidak mengesan suara ketika digunakan. Apabila diperiksaan oleh pakar technician kami, rupanya jack penyambung mempunyai masalah. Lantas technician kami menyelesaikan masalah tersebut.

Ini adalah tuan punya laptop diatas. Beliau berkata sangat beruntung kerana hanya singgah untuk bertanya tetapi masalah laptopnya dapat diselesaikan. Untuk pengatahuan semua beliau berasal dari Pakistan.

artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair microphone, microphone problems, microphone not working, mic not working, microphone for computers, microphones

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Tuesday 10 July 2012

Repair Ribbon Touchpad Laptop Toshiba Equium U400-145

Repair Ribbon Touchpad Laptop Toshiba Equium U400-145
Pernahkah anda menemui di mana-mana sekitar malaysia laptop ini diguna pakai? Mesti tidak kan kerana model ini tidak terdapat di malaysia. Kami sangat beruntung kerana salah seorang customer kami datang dan bertanyakan kepada kami tentang touchpadnya tidak berfungsi. Setelah pakar technician kami memeriksa mendapati ribbon touchpad mempunyai masalah dimana ribbon tersebut perlu dibersihkan dahulu kemudian dipasang semula. Jika ribbon itu rosak dan tidak boleh digunakan lagi, habislah kami untuk mencari dimana terdapat ribbon untuk laptop ini.

Setelah pakar technician kami selesai melakukan tugas beliau, beginilah rupa tuan punya laptop setelah touchpadnya boleh digunakan kembali seperti biasa. Ternyata beliau merasa gembira serta kagun dengan kebolehan pakar technician kami.
artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack
laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah,repair led screen, led creen, ok computer solution, toshiba equium u400-145, touchpad, ribbon

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Monday 9 July 2012

Repair Laptop Skrin Dell Inspiron N4010

Repair Laptop Skrin Dell Inspiron N4010
Alahai terjatuh pulak laptop. Buka-buka je tengok ok je skrin. Fuhh selamat duit tak kena tukar baru. Bila ON je tengok skrin retak seribu bak kata Siti Nurhaliza. Kan da kurang bajet untuk bulan ni. Dell Inspiron N4010 menggunakan skrin jenis LED bersaiz 14.0". Jika menggunakan skrin yang tidak original memang macam-macam masalah yang akan timbul selepas anda menukarkanya. Antara masalah-masalahnya ialah skrin bergetar, skrin keluar warna putih sahaja, skrin tidak keluar display langsung. Jadi carilah kedai yang mana menggunakan skrin yang original sahaja untuk mengelakkan anda mengeluarkan duit lagi untuk menggantikan skrin baru.

Kami hanya menggunakan skrin yang original untuk pelanggan-pelanggan kami supaya mereka tidak datang kepada kami sambil menggadu bahawa skrin mereka bermasalah. Alhamdulillah setakat ini belum ada seorang diantara mereka datang untuk menukar skrin yang baru setelah ditukar di sini.
artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack
laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah, ok computer solution, dell inspiron n4010

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Saturday 7 July 2012

Job of The Day 7th July

Repair Motherboard Acer Aspire 4520
Kami rasa anda sedia maklum model ini adalah model yang telah lama dan jikalau terjumpa lagi pada masa sekarang maknanya laptop ini memang sudah lama..Jadi kami sangat mengenali masalah yang sangat kerap berlaku kepada model ini. Model ini sentiasa masuk ke kedai dengan masalah motherboard yang sama iaitu no display. Dengan menggunakan kepakaran yang ada kami sedia membantu pengguna laptop ini sedaya yang mungkin. Setelah mengambil masa selama 4 hari kami berjaya mengeluarkan display pada paparan skrin laptop ini. 

Jadi kami terus memaklumkan kepada tuan empunya laptop bahawa laptopnya telah siap dan beliau merasa sangat gembira. Beliau pada mulanya tidak percaya masalah itu dapat diselesaikan malah dengan cepat kami melakukannya."Macam mana korang boleh bekerja dengan processor atau motherboard tu" katanya.
artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair motherboard, autooff, cannot on, auto shut down, no display, skrin tak keluar gambar, caps lock berkelip-kelip

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Friday 6 July 2012

1. Selalulah cuci skrin anda untuk mengelakkan ia dimasuki habuk yang nampak kecil tetapi sebenarnya sangatlah tidak baik untuk skrin anda.

2. Jangan sesekali mencuci skrin anda dengan kain yang kering. Ini disebabkan kotoran-kotoran yang melekat pada skrin tidak akan diserap oleh kain tersebut malah akan mencalarkan skrin anda.

3. Jangan letak objek yang berat menimpa laptop anda ketika laptop tidak digunakan.

4. Gunakan screen saver atau lebih baik setting pada "Power Management" dan setkan masa ‘Turn off the display in _ minutes. Lebih singkat masa lebih baik. Ini untuk tidak mensia-siakan lifespan @ jangka hayat skrin yang kebiasaannya dalam 3000 – 4000 jam (skrin ORIGINAL sahaja, skrin yang bukan original lifespan lebih sedikit).

5. Jangan letakkan jari anda di paparan skrin kerana ada kebarangkalian anda akan menyebabkan terjadinya ‘dead pixel’ iaitu pixel yang tidak menyala oleh kerana tekanan yang mungkin lebih diberikan oleh jari anda terhadap skrin tersebut.

6. Gunakan kain yang 100% cotton untuk tujuan pembersihan kerana ia adalah lembut dan bersifat menyerap seperti baju2 lama dan stokin. Elakkan dari mengguna kain yang fabriknya bercampur dengan polyster kerana ia mengandungi filamen yang akan mencalarkan skrin anda.

7. Cara yang tepat untuk membersihkan skrin laptop adalah dengan menggunakan alat khas untuk mencuci skrin laptop. Pastikan set yang anda beli itu dilengkapi dengan kain anti-statik iaitu kain yang akan dapat ketika membeli spek mata kerana itu adalah alat terbaik dan paling efisien untuk mencuci skrin laptop anda.

8. Semasa menjalankan proses pembersihan, INGAT! jangan spray terus kepada skrin laptop anda tetapi pada kain tersebut dan JANGAN! lakukan proses pembersihan dalam keadaan laptop ON.

9. Pastikan skrin anda berada dalam keadaan kering sebelum anda menutup ‘lid’ laptop anda.

10. Pastikan diantara skrin dan laptop anda atau diatas keyboard anda tiada objek tidak kira kecil atau besar kerana banyak kes seperti terlupa alihkan pendrive lalu mencederakan skrin anda.

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Thursday 5 July 2012

Repair Laptop Screen Toshiba Nb 200

Repair Laptop Screen Toshiba Nb 200
Beginilah keadaan laptop ini mula-mula masuk ke kedai. Skrin laptop ini mempunyai garis-garis serta mengalami getaran getaran yang menyebabkan mata tidak sedap memandang. Beliau sudah tidak tahan dengan keadaan tersebut lalu membawa laptop dia ke kedai kami untuk diperiksa.

Tadaa, tiada lagi garis-garis serta getaran-getaran yang menyebabkan mata jadi juling atau sebagainya. Tuan laptop sangat gembira kerana hanya dengan sekelip mata laptopnya berfungsi seperti sedia kala, macam baru beli 3 tahun lepas.

Ternyata beliau sangat-sangat gembira dengan melihat laptopnya sudah dibaiki dan beliau boleh membuat kerja dengan tenang dan juga berkualiti.

artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack
laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah, ok computer solution, toshiba nb200

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Wednesday 4 July 2012

Repair Desktop Hang/Stuck/Lembab

Repair Desktop Hang/Stuck/Lembab
Pasti ramai yang mengalami masalah ini semasa menggunakan desktop yang sekejap-sekejap nak hang, stuck atau sangat lembab untuk membuka satu file yang tak berapa nak besar tapi mengambil masa yang sangat lama untuk dibuka. Kami paham akan perasaan anda semua semasa mengalami situasi sebegini kerana kami pun sama pengguna macam anda semua.Apa punca masalah ini berlaku?

Haa ini dia, ini punca segala-galanya. Apa yang anda nampak? Kipas? Wayar? AMP warna pink? Semua tu salah. Jawapanya adalah habuk yang terkumpul dan berkumpul seakan-akan bentuk bulatan pada heatsink. Jadi apa kaitan habuk itu dengan pc hang atau lembab? Habuk-habuk yang terkumpul menyebabkan haba yang keluar dari processor terperangkap dan menyebabkan processor terlalu panas.

Jadi apa yang perlu kita lakukan adalah membersihkan segala habuk-habuk yang ada, ingat jangan tinggal sedikit pun habuk terbiar di dalam pc ada jika anda mahu pc anda berjalan dengan lancar dan lembut. Anda juga dapat membuat kerja dengan tenang dan berkualiti tanpa ada masalah-masalah seperti ini menggangu anda lagi.
artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair motherboard, autooff, cannot on, auto shut down, no display, skrin tak keluar gambar, caps lock berkelip-kelip

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Tuesday 3 July 2012

Repair Screen Laptop Acer Aspire 4520

Repair Screen Laptop Acer Aspire 4520 
Anda nampak apa yang tertera pada skrin laptop ini? Sktin putih dan ada warna seakan-akan warna berry  muncul lepas beberapa saat. Ini disebabkan jangka hayat LCD sudah tamat. Dimana LCD mahupun LED mempunyai jangka hayat selama 3000 hingga 4000 jam penggunaan. Dalam 3 atau 4 tahun perkara ini akan berlaku jika anda sering menggunakan laptop dengan kadar yang banyak.

Dan ini adalah laptop tadi yang telah ditukarkan LCD yang baru. Jadi penguna tersebut tersenyum lebar selepas paparan dekstop kembali tertera pada LCD laptop beliau. 

Ternyata riak wajah yang gembira terlukis pada wajah tuan laptop ini setelah laptopnya dapat digunakan seperti sediakala. Tuan laptop ini juga memberitahu bahawa beliau tidak sabar untuk kembali bermain game selepas beberapa lama tidak melepaskan tension selepas kerja. Beliau sangat berterima kasih kepada ok computer solution kerana menolong beliau.

artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack
laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah, ok computer solution, acer aspire 4520

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Monday 2 July 2012

Repair Laptop Acer Aspire 4736z

Repair Laptop Acer Aspire 4736z 
Kisah kali ini adalah kisah yang jarang bagi sesetengah orang. Bagi yang selalu kena tu, memang diorang paham apa yang berlaku. USB port tidak berfungsi ketika saat diperlukankan. Memang meradanglah jika perkara ini berlaku apabila ada kerja penting perlu dihantar dan-dan usb port tidak boleh baca pendrive mahupun external hard disk.

Kita manusia biasa memang tak lari dari melakukan kesilapan mahupun kecil dan juga yang besar. USB port sangat sensitif kepada tekanan ketika kita memasukan sesuatu contoh seperti pendrive. Kita mesti, MESTI memasukan pendrive kepada port USB dengan penuh sopan santun juga berhemah jika mahu USB port itu tahan lama.

Kita ambil cerita diatas dimana pemilik laptop tersebut mengakui bahawa beliau sering kali menekan sekeras-kerasnya pendrive ke USB port jika lambat mengesan pendrivenya. Tabiat ini sangatlah tidak patut dilakukan kerana tekanan yang tinggi kepada USB port akan menyebabkan ianya rosak. Jadi berhati-hatilah ketika menggunakan USB port ok.