Friday 31 August 2012

Repair Laptop Screen Compaq Presario CQ40

Repair Laptop Screen Compaq Presario CQ40
Skrin ini mengalami kerosakan iaitu muncul garis garis di bawah skrin. Jikalau terdapat garis walau dimana sekalipun pada skrin itu menandakan skrin sudah sampai waktu untuk rosak. Bergantung kepada individu untuk menukar ataupun tidak mengikut tahap kerosakan. Biasa kalau yang macam gambar di atas boleh lagi di pakai untuk 2 3 bulan sebelum banyak lagi garisan garisan yang muncul kerana garis garisan ini "berjangkit" dan boleh merebak.
Gunakan skrudriver yang sesuai untuk membuka skru di bawah frame. Sebelum itu gunakan pisau jikalau boleh untuk membuka penutup skru berkenaan terlebih dahulu. Untuk membuka skru ini skil perlulah tinggi kerana agak sukar untuk membukanya. Kami yang selalu membuat kerja ini pun mengambil masa sedikit untuk membuka.

Selepas frame hadapan dibuka dan frame belakang dipisahkan dengan skrin, gunakan skrudriver bermata sedikit kecil untuk membuka skru yang mengikat skrin dengan pemegang skrin. Hati hati jangan hilangkan skru tersebut kerana skru itu sangat penting.

Seterusnya cabutkan wire yang menyambungkan LCD dengan inverter. Inverter adalah power yang supply backlight kepada LCD. 

Cabutkan pula wire connector dari motherboard ke LCD. Sekali lagi cabutkan dengan penuh berhati hati kerana ini adalah bahagian yang paling penting untuk memasang LCD. 

Pasang kan wire connector dari motherboar dan ke inverter untuk test LCD yang digunakan agar skrin tersebut betul betul elok sebelum dipasang. Pastikan tiada "dead piksel" atau garisan dan juga tiada warna warna yang lain dari biasa.

Jika berpuas hati dengan skrin yang dipasang, pasang frame belakang dan pastikan board kamera berada di tempat yang betul supaya tida masalah semasa memasang frame hadapan. Dan last sekali pasang frame hadapan dan pasang skru.
Dan inilah hasilnya. Selamat mencuba.

artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair laptop compaq presario cq40, compaq, presario, presario cq40, cq40 screen, cq40 lcd problem, lcd, lcd problem, lcd replacement, lcd broken, lcd pecah, ganti screen lcd

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Thursday 30 August 2012

Repair Laptop Screen Hp G42

Repair Laptop Screen Hp G42
Hari ini kami ingin berkongsi skil skil yang kami gunakan untuk menukar skrin Hp G42. Bagi yang ingin mencuba silakan dan bagi yang rasa tak ada konfident tu jangan la cuba cuba, nanti rosak pula screen free free.
Gambar ini menunjukanan screen yang telah rosak disebabkan telah habis jangka hayat atau lebih kasarnya dah sampai masa untuk ditukar. Buatlah macam mana pun display tidak akan lagi keluar daripada screen itu kecuali ditukar kepada screen yang baru.
Langkah pertama dengan berhati hati dan dengan tenang cabutkan frame yang menutup keseluruhan skrin. Sebelum itu pastikan anda telah membuka skru yang terdapat di bawah frame berkenaan.
Buka skru yang mengikat pemegang skrin dengan frame belakang skrin. Pastikan semasa anda memisahkan frame dengan pemegang skrin tiada lagi skru yang terikat supaya tiada port skru yang akan rosak.
Seterusnya condongkan skrin yang masih terikat dengan pemegangnya dan buka skru yang mengikat skrin dengan pemegang. Pastikan anda mencondongkannya supaya proses membuka skru akan lebih cepat.
Ini adalah connector yang menyambungkan led dengan motherboard. Pastikan anda cabut dan pasang dengan berhati hati untuk mengelakan connecter tersebut rosak. Dan pastikan juga tiada power yang bersambung tak kira lah adapter mahupun bateri.
Setelah selesai memasang connector pastikan anda test dulu skrin yang dipasang. Pastikan yang led tersebut benar benar elok untuk digunakan selepas ini.
Setelah skrin yang dipasang ok dan tiada apa masalah, kita teruskan dengan pasang skru kepada pemegang dan ikatkan pemegang pada frame belakang skrin.
Dan step last adalah pasang kembali frame hadapan skrin. Pastikan skru yang mengikat frame dipasang untuk mengelakan frame tercabut.
Tadaa dah siap pun cara memasang skrin laptop ni. Senang je, xbanyak skru yang perlu dibuka dan dipasang. Laptop ni adalah yang tersenang untuk ditukarkan skrinya. Next time kami akan berkongsi cerita dengan laptop yang paling susah untuk dibuka.
artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair laptop hp g42, hp notebook, compaq, hp pavilion g42,  hp g42 led, hp g42 led replacement, hp g42 led problem, hp g42 display problem

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.


Wednesday 29 August 2012

Repair Laptop Screen Dell Studio 1435

Repair Laptop Screen Dell Studio 1435
Salam sejahtera kepada semua dan pada hari ini 29hb 8 2012 kami membuat sedikit info mengenai laptop dell studio 1435 dengan masalah common bagi laptop ini. Kami juga menyediakan solution yang terbaik bagi menangani masalah tersebut. 

Masalah Laptop Dell Studio 1435

Apa yang selalu terjadi kepada laptop dell ini?
Ada bayang bayang hitam memanjang

Garis garis kecil yang menyakitkan penglihatan

Anda boleh melihat garis garisan yang sepatutnya tidak patut wujud dalam display skrin itu kan. Keadaan ini amatlah tidak menyenangkan mata untuk membuat mahupun bermain game yang paling penting. Seolah olah ada bayangan ketika kita mengerak gerakan curser dan juga icon keluar dalam display. 

Punca Masalah

Kami mengenal pasti bahawa model ini dan adik beradiknya memang mempunyai masalah seperti ini. Kami lihat dan kaji skrin original dell yang dipakai pengguna laptop ini memang kami berani berkata bahawa mereka menggunakan skrin yang tidak berkualiti atau "cap ayam". Kami sangat yakin apa yang kami kata itu betul kerana kami menggunakan alat untuk testing skrin dan mendapati skrin tersebut tidak boleh bertahan lama mengikut jangka hayat skrin yang berkualiti adalah 3000 hingga 4000 jam. Memang malang jika mereka di luar sana telah membeli laptop dell terutama model ini. Bukan semuanya yang dapat masalah sebegini tapi kebanyakkan memang akan terjadi. Sebelum terjadi baik kita mengambil langkah awal untuk mengelakan membeli laptop model ini. 

Keadaan skrin yang telah di operate untuk mengenal pasti masalah.

Model Studio 1435 menggunakan 14.1 led yang mana rare dan susah untuk jumpa market.

Cara Penyelesaian 

Tiada cara penyelesaian lain selain menggantikan skrin yang baru iaitu menggunakan skrin yang original dan yang penting sekali adalah yang berkualiti tinggi. Pernah ada pelanggan kami sudah menukar skrin itu di tempat lain 3 4 kali sebelum datang ke kedai kami. Mungkin model ini amat sensitif jika skrin yang tidak berkuali di pasang kepadanya. Alhamdulillah setakat ini belum ada datang semula ke kedai untuk menukar skrin claim warranty skrin rosak. Sebelum kami menggantikan skrin kami terlebih dahulu test skrin tersebut untuk memastikan yang original dan berkualiti sahaja kami gunakan untuk pelanggan kami.

Keadaan seperti sediakala setelah ditukarkan skrin yang baharu. Tenang mata melihatnya

artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair dell studio 1435, dell, dell laptop, laptop screen problem, scren problem, display problem, led screen, led display

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Tuesday 28 August 2012

Repair Notebook 1 Malaysia

Repair Notebook 1 Malaysia
Selamat bertemu dan bersua kembali dan tidak terlupa dan sebelum terlambat, selamat hari raya diucapkan kepada semua. Jika melihat kepada gambar diatas semestinya anda sangat sangat mengenali notebook di atas brand apa. Notebook 1 Malaysia semakin banyak penggunaanya di Malaysia kerana inisiatif dari kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang IT.

Masalah Notebook 1 Malaysia

Namun, notebook berlambangkan 1 Malaysia ini sering kali dan kami sudah lali untuk meneka apakah masalah setiap kali pengguna menghantar laptop ke kedai kami. Apakah masalah yang sama yang dialami oleh notebook 1 Malaysia ini?

Notebook ini sentiasa mengalami "kebakaran" dan "hangus" apabila sampai ke kedai kami. Ini memang masalah yang serius kerana boleh membahayakan nyawa serta boleh merosakan harta benda. Setiap kali notebook 1 Malaysia masuk ke kedai, kami akan berasa sangat cemas untuk menerimanya kerana ia melibatkan api yang boleh membakar. Silap silap kami yang terkena.

Punca Masalah

Pembinaan notebook 1 Malaysia ini sangat tidak selamat untuk digunakan di negara yang bercuaca panas seperti negara kita. Reka bentuk dan sistem yang diguna pakai untuk membuat notebook 1 Malaysia ini tidak bersuaian seperti notebook jenis jenis yang lain. Kami sangat tidak mengalu alukan anda untuk membeli notebook seperti ini.

Masalah yang berkaitan dengan sistem ialah papan litar yang dibuat tidak tahan kepada arus yang kita gunakan di Malaysia. Setiap komponen yang digunakan cepat rosak dan tidak berkualiti. Boleh dikatakn motherboard yang digunakan sangat sangatlah tidak bagus.


Cara Penyelesaian 

Cara penyelesaian yang paling terbaik dan tiptop adalah dengan cara menukar motherboard yang baru kerana sekali sudah terbakar automatik motherboard tersebut boleh lagi digunakan tetapi tidak dijamin sampai bila ia boleh beroperasi seperti biasa. Tetapi yang tidak seronoknya, motherboard untuk notebook 1 Malaysia ini tiada di pasaran lagi di sini dan juga di luar negara. Maksud tiada lagi dipasaran itu adalah susah di jumpai. Kami sudah mencari dalam dan luar negara juga tidak dapat dijejaki batang hidung sekalipun kalau ikut orang dulu dulu berkata.

Jadi kami sedia membantu anda yang mempunyai masalah seperti ini dengan cara mengantikan chipset chipset yang terbakar juga hangus setelah menerima arus yang sangat besar sebelum notebook ini terbakar  dengan jayanya. Kami hanya menggunakan chipset chipset yang berkuali tinggi yang mana mapu melawan arus arus yg terlebih jika berlaku berlebihan arus ke notebook anda. Alhamdulillah kami sudah berjaya merepair masalah seperti 8 kali dan laptop di bawah adalah yang ke 9 kali.
Inilah laptop yang baru kami selesai merepairnya. Memang penuh cabaran kerana kami sukar untuk memnentukan chipset chipset yang telah rosak akibat terlebih arus namun kami sudah berjaya untuk laptop yang kesembilan.

Dan kami sangat menyarankan agar kepada sesiapa yang mengunnakan notebook ini supaya menjaga penghabaan dengan baik agar masalah yang sama tidak berulang kepada anda. Anda juga digalakkan untuk mengunakan AVR iaitu automatic voltage regulator untuk mengurangkan noise noise yang masuk ke dalam notebook anda. Dibawah adalah lagi dua notebook yang berjaya dibaiki dalam bulan ramadhan yang lepas.

artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair laptop 1 Malaysia, notebook 1 Malaysia, notebook rosak, notebook terbakar, notebook 1Malaysia rosak, notebook 1 Malaysia terbakar, terbakar, hangus 

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Monday 13 August 2012

Cara untuk mengesan laptop anda rosak dan apa yang anda perlu lakukan



Model Compaq yang semakin melonjak naik kerana kerosakan yang sangat ditakuti oleh setiap pengguna laptop iaitu masalah MOTHERBOARD!!!

Sebab Utama

Selalunya masalah ini berpunca dari chipset nvidia atau chipset ATI yang dah rentung terbakar
Punca chipset ini rosak adalah berpunca dari masalah overheat atau sistem penyejukan processor yang tidak efisien
Punca overheat adalah habuk dan debu yang melekat di heatsink atau kipas yang tidak dicuci beberapa tahun
Bagaimana hendak mengelak masalah ini? Sila klik sini

Bagaimana nak tahu compaq presario CQ42 saya ada masalah motherboard atau tidak?

Tetapi jika laptop compaq presario CQ42 anda sudah tidak dapat diselamatkan
Atau dengan kata lain, bila on tak ada visual di skrin.
Nak kesan chipset grafik kat motherboard tu ada masalah boleh rujuk video laptop CQ40 salah seorang customer kami di bawah. Untuk makluman setiap CQ40 dengan CQ42 adalah adik beradik dan berbeza casing luaran sahaja.

Video Compaq CQ40 yang rosak

Seperti yang anda lihat , jika terdapat lampu yang berkelip kelip di butang scroll (numlock) dan di butang capslock, tidak perlu ragu ragu lagi, memang chipset grafik nvdia atau ATI anda itu telah rosak.

Sudah rosak apa perlu buat?

Kami memberikan penyelesaian utama.

Solusinya mudah sahaja, tukar sahaja chipset grafik baru!

Mungkin anda terpinga pinga apakah itu chipset grafik. 
Di bawah ini ada beberapa chipset yang telah kami tukar


Chipset chipset rosak, rentung, terbakar 


Chipset grafik ini adalah otak yang mengawal visual yang keluar ke skrin laptop anda.
Chipset grafik ini letaknya di motherboard
Oleh kerana chipset grafik CQ42 sama seperti CQ40 adalah dari jenis yang canggih, yakni bukan biasa biasa saja, 
jadi chipset ini cepat panas kerana banyak bekerja, ditambah dengan heatsink dan fan yang berhabuk
maka mudahlah chipset ni terbakar atau rentung

Kami mempunyai kepakaran menukar chipset ini menggunakan mesin yang telah kami import dari luar negara.

Contoh mesin tukar chipset kami

Antara kaedah lain

Anda juga boleh menggunakan kaedah yang confirm elok iaitu tukar motherboard baru
tetapi harganya menjulang ke langit RM700 ke RM900
Jaminan 3 bulan.
Sanggup ke

Jangan tertipu dengan harga murah di pasaran, ada juga yang boleh repair chipset ini dengan menggunakan kaedah:

- heat gun
- reball
-reheat
-resolder

Ya masalah ini boleh dibaiki dengan kaedah di atas tetapi untuk jangkamasa sangat sekejap.
Ini adalah kerana saya dulu juga buat benda yang sama, tetapi pasal tak tahan customer
asyik datang balik, jadi saya ambil keputusan buat kaedah repair tukar chipset sahaja.

Ini adalah kerana kaedah tukar chipset mempunyai kelebihan seperti

Faedah kepada customer-

- Dapat chipset baru
- Jaminan 3 bulan (sama macam tukar motherboard baru)
- Tahan lama
- Harga berpatutan

Faedah kepada kami - 

Customer happy tak datang balik pasal masalah sama

Hubungi kami

Nak repair dengan kami boleh lah klik sini untuk hubungi

Testimoni

dah beratus ratus customer yang datang ke kedai kami ( sila lihat testimoni)

di bawah adalah beberapa compaq presario CQ42 yang telah dibaiki oleh kami



Kalau ada kawan kawan kawan yang guna CQ42 dan yang nak repair tu, boleh lah forwardkan artikel ni ya.



Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Saturday 11 August 2012

Repair Laptop Dell Inspiron 1440



PERHATIAN!!! KEPADA PENGGUNA LAPTOP DELL INSPIRON 1440. Laptop ini amat terkenal dengan rekabentuknya yang simple dan kukuh. Namun, Ramai yang diantara anda tidak sedar dengan masalah yang dihadapi oleh laptop ini.

Apa masalahnya??
Ramai pelanggan kami yang menghantar laptop Dell Inspiron 1440 mereka mengalami masalah boleh on tapi tiada gambar yang keluar di LCD screen, led caps lock, num lock berkelip-kelip. 

Untuk pengetahuan anda, ini merupakan mesej yang dihantar terus dari motherboard menyatakan bahawa chipset laptop sudah rosak. Selalunya jika chipset rosak ini berpunca daripada ruang udara masuk atau keluar tersumbat dengan habuk. 

Tetapi bagi laptop Dell Inspiron 1440 ini, bukan itu puncanya. Puncanya adalah, Kipas penyejuk chipset dan processor mudah untuk rosak. Kadar angin yang masuk tidak mencukupi untuk menyejukkan chipset dan processor. Dan begitu juga haba panas yang di hasilkan daripada chipset ini tidak dapat dikeluarkan. Masalah ini mungkin datangnya dari kesilapan pihak pengeluaran Dell sendiri. Ataupun keadaan di Malaysia ini kurang sesuai bagi laptop ini.

 


Macam mana nak kesan kalau kipas ini rosak.
Cara yang paling mudah ialah, cuba anda tengok di bahagian bawah laptop, di sebelah terletaknya kipas laptop itu, adakah kipas itu gerak atau tidak semasa anda ON laptop anda. Kalau tak nampak, cuba letakkan tangan anda pada lubang itu, anda rasa x angin. Juga rasa di bahagian angin keluar, ada tak rasa angin panas yang keluar. Jika tidak bermakna kipas anda rosak.

Tapi diminta anda jangan menggelabah. Jika anda kurang pasti tentang keadaan kipas laptop anda, kami menasihatkan anda hantar laptop anda untuk service. Sekurang-kurangnya setiap 6 bulan sekali. Ini untuk mengelakkan daripada kompenen lain pula yang menghadapi kerosakkan.









Kami menasihatkan kepada anda, pengguna laptop dell model ini supaya melakukan servis dengan sekerap yang mungkin sebelum berlakunya perkara yang kurang menyenangkan poket anda semua. Ini kerana kami sudah mengenal pasti yang model ini bermasalah berpunca daripada kipas. Jadi selalu perhatikan kipas laptop anda, dan lakukan tindakan yang bijak agar anda tidak melakukan pelaburan yang sia-sia. Kami OK Computer Solution, prihatin tentang pelanggan kami.
artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair dell inspiron 1440, motherboard damage, motherboard failed, rosak motherboard, chipset problem, tukar chipset, tukar motherboard, dell, inspiron 1440

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Thursday 9 August 2012

Repair Laptop Compaq Presario CQ40

Repair Laptop Compaq Presario CQ40






Gambar-gambar diatas adalah laptop Compaq Presario CQ40 yang telah berjaya direpair dan ditukarkan screen selama 10 hari kita berada di dalam bulan Ogos ini. Memang tidak disangkal lagi bahawa laptop yang berjenama Compaq Presario CQ40 ini adalah laptop yang paling popular di kedai kami tidak kira di Damansara mahupun di Port Dickson dan juga wakil agen kami di Melaka.

Kami mengakui bahawa laptop ini mempunyai banyak masalah berkaitan display dan juga motherboard iaitu cepat panas. Namun kami tidak mengatakan anda perlu memboikot atau tidak mahu memakai laptop berjenama ini tapi kami memang menyarankan sangat sangat bagi mereka yang mempunyai bajet yang rendah untuk memiliki laptop ini.

Ini kerana semua jenis laptop akan mengalami masalah jika tuan milik laptop tidak pandai menjaga laptopnya sendiri. Antara staff kami disini ada yang memakai laptop Presario CQ40 ini dan alhamdulillah setakat 3 tahun ini belum lagi bermasalah. Jadi dinasihatkan agar senantiasa cuci kipas, topup coolant dan melakukan pembersihan screen sekerap mungkin. Itulah satu satunya cara untuk memanjangkan jangka hayat laptop anda semua. 

artilkel ini adalah untuk mereka yang mencari - repair screen laptop, repair screen, repair laptop, repair lcd, repair lcd, repair lcd screen, lcd crack laptop crack, laptop pecah, lcd pecah, lcd replacement, laptop screen, repair laptop screen, pecah, ok computer solution, compaq presario cq 40, motherboard


Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.

Wednesday 8 August 2012

Repair Laptop Twinhead J13S

Repair Laptop Twinhead J13S
Untuk entri 9/8/12 (nak dekat raya dah ni) kami menulis sedikit tentang laptop twinhead. Kami tahu ramai yang tidak tahu atau kenal dengan laptop berjenama twinhead. Jika berminat untuk tahu atau nak baca serba sedikit latar belakang twinhead sila klik  http://www.twinhead.com.my/news_detail.asp?menuid=100008&news_id=200090 

Laptop twinhead ini mengalami masalah fan yang tidak berfungsi. Apabila digunakan dalam satu jangka masa laptop akan jadi panas serta hang sekejap-sekejap, lama-lama pun ada juga. Nasib baik tuan twinhead cepat-cepat datang kepada kami untuk bertanyakan masalah laptop beliau. Kami rasa semua sedia maklum yang jika laptop panas akan menyebabkan kerosakan motherboard dan mungkin terpaksa mengeluarkan modal yang lebih untuk direpair. 

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang repair laptop twinhead j13s, computer repair, repairs computer, why computer freezes, computer crashes, laptop fan, cooling fan, 

Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e mel atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.