Tuesday 2 September 2014

Servis on-site di Star Parc Point, Setapak, KL

Servis satu unit Desktop
2 September 2014

Masalah utamanya adalah bilamana satu unit desktop yang digunakan oleh salah seorang staf di syarikat ini dengan tiba-tiba skrin monitor-nya tak keluar display.

Beliau berkata CPU tetap running tetapi monitor sahaja yang tak keluar display seperti sebelum ini. Setelah beberapa minit krew kami memeriksa keadaan CPU ini, memang betul sangkaan kami ianya datang daripada RAM (Random Access Memory) yang sudah sekian lama ditelan oleh habuk.

Krew kami memeriksa dan membersihkan habuk yang menghalang RAM tersebut daripada beroperasi. Lantas skrin monitor telah mengeluarkan display seperti biasa.


Sesi konsultansi sedang diberikan oleh krew kami kepada salah seorang staf di syarikat ini mengenai bagaimana untuk menjaga dan menggunakan PC atau Desktop kepada tahap yang optimum. Sehubungan itu, perkongsian maklumat ini dapat mengurangkan tahap kesulitan apabila menghadapi masalah berkenaan dengan komputer kelak.

Syarikat ini adalah syarikat Mechanical dan Electrical (M&E) yang baru sahaja berpindah ke pejabat baru di Star Parc Point, Setapak, Kuala Lumpur. Mereka juga pakar dalam mengendalikan kerja-kerja pembangunan yang berkaitan dengan mekanikal dan juga elektrikal.

Bagi sesiapa di antara anda yang ingin mendapatkan khidmat mereka boleh hubungi kami di bawah sekarang!



Office - 0377316761



Share artikel ini dengan rakan rakan anda dengan gembira!

No comments:

Post a Comment