Wednesday 3 September 2014

VIDEO REPAIR MOTHERBOARD LAPTOP COMPAQ PRESARIO CQ40


Hampir 70% customer yang datang ke kedai kami membawa laptop model Compaq Presario CQ40 mempunyai masalah yang sama iaitu boleh on tetapi tiada visual di skrin.

Punca masalah

Selalunya masalah ini berpunca dari chipset nvidia atau chipset ATI yang dah rentung terbakar

Punca chipset ini rosak adalah berpunca dari masalah overheat atau sistem penyejukan processor yang tidak efisien

Punca overheat adalah habuk dan debu yang melekat di heatsink atau kipas yang tidak dicuci beberapa tahun


Bagaimana mengesan compaq presario CQ40 ada masalah motherboard?

Antara tanda-tanda motherboard rosak adalah seperti Auto Shutdown, Auto Restart. Tetapi jika laptop compaq presario CQ40 anda sudah tidak dapat diselamatkan

Atau dengan kata lain, bila on tak ada visual di skrin.

Nak kesan chipset grafik kat motherboard tu ada masalah boleh rujuk video laptop CQ40 salah seorang customer kami di bawah






Video Compaq CQ40 yang rosak

Seperti yang anda lihat , jika terdapat lampu yang berkelip kelip di butang scroll (numlock) dan di butang capslock, tidak perlu ragu ragu lagi, memang chipset grafik nvdia atau ATI anda itu telah rosak.

Penyelesaiannya?

Kami memberikan penyelesaian utama.

Solusinya mudah sahaja, tukar sahaja chipset grafik baru!

Disini kami sertakan video pemasangan chipset baru :


Video repair motherboard Compaq CQ40 ( tukar chipset baru)



Penyelesaian alternatif

Anda juga boleh menggunakan kaedah yang confirm elok iaitu tukar motherboard baru
tetapi harganya menjulang ke langit RM700 ke RM900
Jaminan 3 bulan.
Sanggup ke

Jangan tertipu dengan harga murah di pasaran, ada juga yang boleh repair chipset ini dengan menggunakan kaedah:

- heat gun
- reball
-reheat
-resolder

Ya masalah ini boleh dibaiki dengan kaedah di atas tetapi untuk jangkamasa sangat sekejap.
Ini adalah kerana saya dulu juga buat benda yang sama, tetapi pasal tak tahan customer
asyik datang balik, jadi saya ambil keputusan buat kaedah repair tukar chipset sahaja.

Ini adalah kerana kaedah tukar chipset mempunyai kelebihan seperti

Faedah kepada customer-

- Dapat chipset baru
- Jaminan 3 bulan (sama macam tukar motherboard baru)
- Tahan lama
- Harga berpatutan

Faedah kepada kami - 

Customer happy tak datang balik pasal masalah sama


Hubungi Saya






Testimoni

Dah beratus ratus customer yang datang ke kedai kami ( sila lihat testimoni)

di bawah adalah beberapa compaq presario CQ40 yang telah dibaiki oleh kami






























No comments:

Post a Comment