Monday 29 December 2014

Service Pickup & Deliver di Kuang, Sg.Buloh

Kali ini kami menyelesaikan masalah satu unit PC milik En.Sazalizan di mana juga pemilik kilang buatan besi angkut untuk lori sampah dan binaan.

Masalahnya cuma di mana bila beliau ON sahaja komputernya terus tiada paparan yang keluar daripada monitor.

Jadi, kami mengambil sedikit masa untuk memastikan masalah yang sebenar berpunca daripada kilat yang terkena kawasan kilang ini dan terus efek kepada motherboard komputer ini.

Jika kita tidak mempunyai pendinding daripada kilat, masalah sebegini akan terjadi kepada setiap perkakas komputer kita. Pastikan anda mempunyai 'Automatic Voltage Regulator' untuk memastikan arus elektrik berada dalam keadaan stabil setiap masa.

Langkah yang diambil untuk membaiki komputer En.Sazalizan ini adalah menggantikan motherboard komputer beliau yang telah rosak kepada motherboard yang baru.

Katanya, kerja-kerja melibatkan nilai ribuan ringgit dilakukan di dalam komputer beliau ini, jadi beliau amat memerlukan penggunaan komputernya.

Masalahnya ternyata telah selesai setelah kami menukar motherboardnya kepada yang baru. 



Jika anda ada masalah seperti di atas, boleh hubungi kami di nombor tertera di bawah :


Office
0377316761

Boleh juga email ke
info@okcomputersolution.net


Jika anda ada masalah seperti di atas, boleh hubungi kami di nombor tertera di bawah :




Solihin - Pengurus Pusat

012 3653285


Thursday 4 December 2014

Jenama Laptop Terbaik Harus Anda Beli...

Baiklah, kebiasaanya pembeli akan menilai laptop berdasarkan jenama, rekabentuk, prestasi, warna dan harga. Pada kali ini, saya cuma berkongsi pengalaman saya sebagai penjual laptop sambilan.
Lakaran Menggunakan Pensil 2B...!

Petua
Buat sedikit "research" top 10 atau top 5 laptop yang paling anda suka.
Saya berikan contoh top 10...
1. Asus
2. Fujitsu
3. Apple
4. Dell
5. Toshiba
6. HP
7. Lenovo
8. NEC
9. Samsung
10. Sony
Kemudian, daripada top 10, cuba anda pilih 5 yang paling anda suka.
Saya senaraikan 5 contoh pilihan saya sendiri.
1. Asus
2. Dell
3. Samsung
4. NEC
5. Fujitsu
Daripada 5 pilihan, pecahkan kepada 3 pilihan paling disukai.
Saya berikan contoh pilihan 3 terbaik. ( pilihan saya sendiri )
1. Asus
2. Dell
3. Fujitsu
Akhir sekali, pilih salah satu yang terbaik daripada 3 pilihan.
Petua ini top 10, top 5 dan top 3 adalah berdasarkan 5 perkara : 
1. Jenama
2. Prestasi ( jenis CPU, kelajuan CPU dan RAM,  ciri-ciri moden contohnya USB 3.0, HDMi )
3. Rekabentuk ( berkotak / aerodinamik / nipis )
4. Warna / corak ( gelap / cerah / batik / wooden effect / country style )
5. Harga yang ditawarkan ( bergantung pada bujet )
Perkara yang perlu dielakkan ketika membeli laptop
1. Jangan beli kerana disebabkan kawan-kawan ramai beli, jenama tersebut banyak di kedai-kedai komputer, kerana kata-kata promoter...sebaliknya beli kerana anda sudah betul-betul yakin jenama laptop yang akan anda beli itu adalah yang terbaik setelah dikaji / servey.
2. Jangan beli kerana cadangan / pujukan dari penjual / promoter kedai tersebut. Untuk pengetahuan anda, 80% penjual adalah kurang jujur dan hanya memikirkan keuntungan. Servey dahuli di forum internet, cari masalah dan kelebihan sesuatu jenama laptop yang ingin dibeli.
3. Jangan sesekali merasakan "....ah! semua laptop sama je...! harga je ada murah ada mahal" Setiap pengeluar menghasilkan produk untuk perniagaan iaitu mencari keuntungan jualan, maka buatlah kerja "servey" beberapa tempat / kedai sebelum anda yakin untuk membelinya. Jangan terlalu cepat percaya dengan iklan / promosi / kata-kata manis jurujual yang kononya ia paling baik.
4.  Elakkan membeli jenama laptop yang ditawarkan dengan harga murah sedangkan spec yang diberikan adalah sama seperti jenama laptop lain tetapi harganya mahal dan berpatutan dengan spec diberikan. Kebiasaanya laptop begini amat mudah rosak walaupun spec yang diberikan sangat bagus. Contohnya, sepatutnya spec diberi adalah pada harga RM1,300 tetapi harga ditawarkan jauh lebih murah. Hati-hati dengan perkara terselindung seperti ini!
5. Beli berdasarkan tujuan penggunaan!. Sekiranya untuk kerja-kerja menaip, internet dan blogger, harga RM1, 200 hinga 1, 400 adalah memadai. Sekiranya tugasan berkaitan designer, pilihlah yang berharga RM2,000 hingga RM4,000 yang menjanjikan prestasi optimum. Jika anda sukakan Photoshop, Premiere dan sepertinya, saya cadangkan pilih jenama Apple.
OS dan Perkakasan - 3 perkara asas untuk optimumkan sebuah laptop.

1. Operating System- Pilih OS siri 64 Bit dan yang paling baik dalam kelasnya.
Contohnya Windows 7 Ultimate 64 Bit ataupun Windows XP Pro 64Bit.
2. Processor - AMD atau Intel. Kelajuan 1600Mhz hingga 1800Mhz, memadai untuk tugasan seperti menaip, blogger, melayari internet di laman sosial dan kerja-kerja ringan yang lain. Saya lebih suka memilih Processor AMD kerana ianya lebih cekap dan laju serta menjimatkan bateri....Disamping itu amat lancar untuk kerja-kerja suntingan video / audio dan foto. Terdapat juga Procesor yang boleh menjana kuasa sehingga 3.6Ghz, terpulang pada kemampuan dan tujuan anda membelinya.
3. Memory ( RAM ) - Pilih jenis terkini, iaitu DDR3. Menaiktaraf RAM kepada saiz lebih besar adalah bagus, namun anda haruslah membaca dahulu buku panduan disediakan untuk menegtahui saiz terbesar yang mampu ditampung oleh laptop yang ingin dibeli. Contohnya, saiz paling tinggi yang mampu ditampung adalah 8GB DDR3 1600Mhz PC3-12800. Maka, ikut spec bacaan Mhz dan PC3 serta tidak melebihi 8GB. ( PC3 bermaksud, ia dari jenis DDR3 dan data per saat bersamaan 12.8Mbps....manakala, Mhz adalah kelajuan detik jam per saat ). Lihat pada tajuk Perbezaan RAM.


" Semoga panduan ringkas ini mampu membantu anda dalam memilih Laptop / Netbook pilihan hati "
Macam mana?  Dah faham ke?, sila komen di ShoutBOX Soalan atau Komen dibawah!
Setakat ini, laptop yang paling best saya pakai Dell Inspiron M501R  bersaiz skrin 15.6" inci LED, processor AMD Phenom II X4 Quad-Core, Blu-Ray Disc dan menggunakan RAM 6GB RAM masa tahun 2010 dulu! Fuh...memang power! Amat sesuai edit foto dan video, apatahlagi bermain game...Model macam ni dah tak keluar dah sekarang...tapi saya yakin akan ada lagi versi seterusnya dari AMD!



sumber gambar : www.asus.com
sumber gambar : uygarr.blogspot.com
sumber gambar : laptop-computer-planet.com
sumber gambar : www.notebookzone.hu
sumber gambar : techywhack.com

Sumber artikel  : http://mycetc.blogspot.com/2011/12/jenama-laptop-terbaik.html

Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahun










Mudah percaya pada tawaran software percuma terutama Antivirus?





Adakah anda suka dan mudah percaya pada tawaran perisian percuma terutama anti virus?? Jangan download sebarang!!

Kebiasaannya pengguna mudah suka dan tertarik serta mudah percaya dengan tawaran software percuma yang diberikan terutama anti virus. Perisian yang di beri percuma itu sebenarnya mempunyai tempoh had yang digunakan. Ia juga dikategorikan sebagai program shareware yang bertujuan untuk memberi peluang kepada pengguna untuk membelinya. Apabila perisian itu tamat tempoh anda di nasihatkan untuk beli perisian itu kerana antivirus itu akan bertukar menjadi virus dan ia akan mendatangkan masalah kepada laptop seperti laptop akan menjadi lembab untuk berfungsi.


Masalah ini sering berlaku kepada pelajar yang menuntut di IPT. Kebanyakan dari mereka menganggap anti virus percuma ini sama seperti anti virus berbayar. Sebenarnya terdapat banyak perbezaan yang ketara. Antaranya dari segi 'protection' atau keselamatan yang disediakan. Selalunya anti virus yang berbayar ini mempunyai anti spyware dan firewall. Sebaliknya jika menggunakan anti virus percuma ia tidak berfungsi dengan sepenuhnya  dan laptop anda mungkin berpontensi di jangkiti virus. Virus juga mampu merosakkan laptop anda secara tidak sedar.

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang anti virus, anti virus percuma,  virus laptop free,  anti virus free, download free anti virus, anti virus software, antivirus software, free anti virus download, contoh anti virus, free antivirus, ok computer solution, computer solution shah alam, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam, pickup and delivery service, pickup and delivery, delivery service 

Share artikel ini dengan rakan rakan anda dengan gembira!

Bagaimana Cara Virus Menjangkiti Komputer ?

                                  

Terdapat pelbagai cara untuk virus menjangkiti komputer.  Adakah anda tahu bagaimana??

Virus merupakan sebuah  momok yang perlu diwaspadai oleh pengguna agar keadaan komputer sentiasa terjaga dengan baik. Virus juga boleh mencemarkan program dan fail data supaya ia berfungsi dengan pelik, tidak berfungsi langsung atau mengakibatkan kerosakan bila di jalankan. Virus ini dapat menjangkiti komputer dengan pelbagai cara seperti melalui e-mail, download, internet, WiFi (lan, WLAN),  pengiklanan online seperti dengan mengklik pada sesetengah iklan virus dapat menjangkiti kepada komputer.


                                     

Para pembuat virus sebahagian besar memanfaatkan media internet sebagai cara untuk menyebarkan virus buatan mereka dengan tujuan tertentu. Cara ini merupakan salah satu cara yang paling efektif. Internet juga membolehkan para user mengakses data dengan jangkauan seluruh dunia.  Antara cara lain untuk virus menjangkiti komputer ialah melalui e-mail. Ini kerana membuka e-mail sahaja komputer anda boleh di serang virus, spyware atau malware.  Lebih-lebih lagi pada e-mail yang disertakan attachment.  Selain itu, virus juga boleh menjangkiti komputer melalui cara download.


Hal ini berlaku pada sesetengah pengguna yang gemar memuat turun perisian percuma seperti lagu-lagu format mp3 secara percuma, permainan komputer percuma dan lain-lain. Melalui laman web yang menyediakan perkhidmatan download itu juga berkemungkinan besar fail yang di download itu mempunyai spyware dan malware. Ia akan bertambah  bahaya jika hanya mengklik pada sesebuah iklan. Sekarang banyak cara untuk memperkenalkan iklan yang membuat para pengguna teruja dan akan terus mengklik pada iklan tersebut. Berhati-hati. Bukan semua iklan itu benar.  Dengan hanya mengklik sahaja komputer anda dalam bahaya.


Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang bagaimana virus menyerang komputer, cara virus menyerang komputer, cara virus, virus, cara komputer terkena virus, ok computer shah alam, ok computer solution, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam,  repair laptop shah alam, pickup and delivery service, pickup and delivery, delivery service.


Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahun


Solihin - Pengurus Pusat

012 3653285


Jenis-jenis Virus


Virus komputer adalah sebuah istilah umum untuk menggambarkan segala jenis serangan terhadap komputer.
Elakkan komputer anda dari serangan virus ini!!

Virus merupakan sebuah program yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran pengguna. Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitan. Virus ini  terdapat dalam pelbagai jenis.  Ia juga boleh dikategorikan dari cara kerjanya.


Contoh virus yang sering menyerang komputer pengguna ialah seperti worm. Worm merupakan lubang keamanan atau celah kelemahan pada komputer kita. Cara virus ini menyerang ialah dengan menduplikatkan dirinya pada hard disk dan membuat sumber daya komputer (hard disk) menjadi penuh. Selain itu, virus trojan juga sangat bahaya. Ia adalah sebuah program yang memungkinkan komputer kita di kontrol oleh orang lain melalui jaringan internet. Antara kesan-kesan yang dialami oleh komputer akibat daripada virus worm dan trojan ialah skrin komputer akan memaparkan mesej yang tidak biasa kelihatan, muzik atau bunyi yang pelik akan dimainkan secara rawak. Virus ini juga boleh menyebabkan memori yang ditunjuk kurang dari yang sepatutnya, program atau fail yang sedia ada akan hilang dan yang paling penting ia menyebabkan fail dalam komputer rosak. Selain daripada virus worm dan trojan, spyware juga turut memainkan peranannya. Spyware merupakan program yang dipasang dalam komputer anda samada dengan kebenaran ataupun tidak kerana ia mampu melakukan proses tertentu secara terselindung. Kesan dari virus spyware ini boleh menyebabkan pertambahan bilangan spam atau lebih dikenali dengan nama 'adware'.


Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang virus komputer, jenis virus, jenis-jenis virus, jenis virus komputer, virus, contoh virus komputer, apakah virus komputer, definisi virus komputer, computer virus, ok computer solution, computer solution shah alam, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam, pickup and delivery service, pickup and delivery, delivery service.

Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahun


Solihin - Pengurus Pusat

012 3653285

Bagaimana Cara Kurangkan Risiko Kerosakan Hard Disk Laptop?




Hard disk drive (HDD, hard drive, hard disk, atau disk drive) adalah perangkat untuk menyimpan dan mengambil maklumat digital terutama pada data komputer.  Selain digunakan untuk menyimpan data dalam sebuah komputer (internal HDD), hard disk juga dapat digunakan dalam external data storage (penyimpanan external data).Kebiasaannya hard disk akan mudah rosak apabila pengguna sering menggunakan laptop sepanjang masa tanpa tutup. Ia boleh mengakibatkan kerosakan pada HDD laptop. Selain itu, cara tutup laptop dengan cara yang salah juga boleh menyebabkan hard disk laptop rosak. Terputus arus elektrik atau arus yang tidak stabil boleh menyebabkan berlaku boot sector. Hal ini akan menyebabkan hard disk yang digunakan cepat rosak.



                                    


Terdapat banyak cara untuk mengurangkan masalah kerosakan hard disk ini. Seperti jika laptop anda secara tiba-tiba hang atau jem jangan terus tutup laptop dengan menekan butang  power off kerana ia akan mengakibatkan sektor hard disk anda berkemungkinan akan rosak.  Cara terbaik ialah dengan reeboot laptop anda dengan menekan butang ' CTRL ALT DELETE' secara serentak dan lepaskan. Jika masih gagal, anda cuba tekan butang reset. Sekiranya kesemuanya gagal barulah  menggunakan butang power off sebagai jalan terakhirnya. Ingat. Setiap kali menggunakan butang power off  punca hard disk anda rosak semakin tinggi.


Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang punca hard disk rosak, hard disk, hard disk rosak, hard drive,  hard disk problem, ok computer solution shah alam, ok computer solution, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam, pickup and delivery service, pickup and delivery, delivery service

Share artikel ini dengan rakan rakan anda dengan gembira!

Kesan Gunakan Laptop Lebih Dari Had Masa



Laptop sangat penting pada zaman kini namun masih ramai pengguna yang tidak tahu tentang cara penggunaan dengan betul. Menggunakan laptop lebih dari had masa boleh mendatangkan kesan yang buruk kepada para pengguna. Adakah anda tahu kesan buruk gunakan laptop lebih dari had masa??

Kebanyakan pengguna sebenarnya tidak tahu tentang kesan yang akan berlaku sekiranya menggunakan laptop lebih dari had masa. Sebenarnya menggunakan laptop lebih dari had masa adalah sangat bahaya kerana laptop yang digunakan mudah rosak. Apabila menggunakan laptop lebih dari had masa kebiasaannya
para pengguna tidak akan menggunakan bateri pada laptop sebaliknya mereka lebih gemar menghubungkan laptop itu terus ke soket elektrik. Ia adalah satu tindakan yang bahaya kerana arus elektrik akan langsung menuju ke hardware tanpa melakukan penyesuaian tenaga sehingga hardware menerima tegangan elektrik yang berlebihan dan mempercepatkan kerosakan.

Selain itu, menggunakan laptop lebih dari had masa juga boleh mendatangkan banyak kesan negatif kepada laptop. Antaranya ia boleh menyebabkan hard disk rosak kerana laptop yang digunakan tiada masa untuk rehat. Komponen di dalam laptop juga akan panas kerana terdapat banyak haba yang terkumpul dan tidak dapat keluar dengan baik. Akibat dari penggunaan laptop lebih dari had masa ini boleh menyebabkan jangka hayat laptop tidak panjang.


Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang kerosakan laptop, komputer rosak, laptop rosak, ok computer solution shah alam, ok computer solution, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam, pickup and delivery service, pickup and delivery, delivery service


Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahun


Solihin - Pengurus Pusat

012 3653285





Tanda-Tanda Komputer Terkena Virus



Mungkin ramai golongan pengguna komputer masih kurang faham dengan masalah komputer terutama apabila ianya berkaitan dengan masalah virus.  Masalah ini sememangnya masalah yang berat tetapi di sebabkan sikap kita yang kurang mengambil tahu tentang ini menyebabkan masalah ini bertambah parah dan seterusnya tidak dapat di selesaikan dengan mudah malah terpaksa menformat komputer semula.

Dalam dunia tanpa sempadan ini apa sahaja boleh berlaku.  Kecanggihan teknologi juga boleh disalah guna. Virus dicipta untuk menyusahkan orang lain.  Walaupun kita mempunyai perisian antivirus ianya belum tentu dapat menjamin 100% selamat.  Tahukah anda apakah tanda-tanda jika komputer kita terkena virus??




Antara tanda-tanda komputer kita terkena virus adalah seperti dibawah : 
  1. Komputer sering menjadi lambat dari biasa
  2. Menu run, search di sembunyikan oleh virus
  3. Folder asli pada komputer di sembunyikan dan digantikan dengan file virus
  4. Komputer yang digunakan sering terhenti atau tidak ada tindak balas
  5. Hard disk tidak boleh diakses atau berfungsi dengan baik
  6. Aplikasi komputer tidak berjalan dengan baik dan sering 'ERROR'
  7. Terdapat file dan ikon folder tetapi mempunyai file type.eye
  8. Sering terpapar menu atau dialog box yang rosak
  9. Program atau aplikasi yang sebelum ini digunakan crash secara tiba-tiba
  10. perisian antivirus hilang secara tiba-tiba
  11. Perisian antivirus tidak boleh di install 
  12. Saiz sesuatu fail berubah
  13. Fail yang di simpan hilang satu persatu
  14. Komputer akan menjadi hang selepas dibuka
Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang virus komputer,  komputer virus,  komputer kena virus, komputer terkena virus,  computer virus,  virus,  ok computer solution shah alam,  ok computer solution, kedai komputer shah alam,  kedai komputer di shah alam,  repair laptop shah alam,  pickup and delivery service,  pickup and delivery,  delivery service.

Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahun


Solihin - Pengurus Pusat

012 3653285


Perbezaan Sleep Dengan Hibernate



Adakah anda tertanya-tanya apakah perbezaan antara 'sleep' dengan 'hibernate'? padahal fungsinya lebih kurang sahaja. Tapi apakah perbezaan antara dua ini??

'Sleep' dan 'Hibernate' adalah perkataan yang sering kali kita jumpa dalam laptop atau komputer apabila kita hendak menangguhkan kerja tanpa menshutdown komputer. Apabila kita hendak menangguhkan kerja tanpa menshutdownkan komputer kita akan memilih 'sleep' atau 'hibernate'. Namun tahukah anda bahawa kedua-dua ini memiliki perbezaan tanpa kita sedari?

Perbezaan antara sleep dan hibernate ialah 'sleep' seperti seolah-olah kita sedang pause DVD player. Laptop akan terus berhenti daripada bekerja. Selepas itu ia akan bersedia untuk memulakan kerja balik bila on laptop atau komputer tersebut. Ia untuk menjimatkan kuasa elektrik dan komputer akan berhenti membuat pekara yang dibuat.  'Hibernate' pula ialah seperti komputer akan simpan semua dokumen dan program dalam hard disk dan akan  turn off (bukan shutdown) laptop atau komputer anda. Bila hibernate, laptop atau komputer hanya menggunakan sedikit kuasa berbanding dengan sleep.

'Hibernate' juga merupakan salah satu langkah untuk menjimatkan kuasa elektrik. Tetapi langkah ini merupakan langkah paling jimat. Hal ini disebabkan laptop atau komputer tidak memggunakan RAM dan simpan semua yang kita sedang guna dalam hard disk dan terus menjadi separuh sedar. Jadi apabila hendak menggunakan semula laptop atau komputer akan pergi ke file yang terakhir digunakan. Fungsi ini selalu berguna untuk pengguna laptop kerana ia dapat menjimatkan bateri dan tidak perlu biar komputer load barang-barang start up.


Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang sleep, hibernate, fungsi hibernate, ok computer solution shah alam, ok computer solution, kedai komputer shah alam,  kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam, pickup and delivery service, pickup and delivery, delivery service

Share artikel ini dengan rakan rakan anda dengan gembira!

Wednesday 3 December 2014

Kebaikan Dan Keburukan Internet


Internet atau interconnection networking merupakan sistem global dari jaringan komputer yang saling terhubung menggunakan standart internet protokol suite (TCP/IP) untuk melayani pengguna seluruh dunia. Internet telah menjadi sebahagian daripada aktiviti harian kepada kehidupan manusia yang hidup pada zaman ICT kini. Internert yang dibangunkan dengan kegunaan asasnya iaitu perkongsian menjadikan internet ini pesat untuk keperluan manusia zaman kini yang menginginkan kepantasan dalam komunikasi.

Internet banyak memberi manfaat kepada belia terutama kepada  pelajar IPT. Ia membuka satu dimensi baru kini sebagai satu sumber rujukan mudah dan pantas dari segi masa dan lokasi. Ia juga hampir menggantikan kaedah pembelajaran dan pencarian maklumat cara lama iaitu penggunaan perpustakaan. Internet dapat mewujudkan masyarakat yang berilmu. Pengguna komputer hanya perlu menggunakan hujung jari untuk mendapatkan segala maklumat terkini dalam semua bidang.

Disamping itu, internet juga banyak membantu dalam dunia perniagaan zaman kini. Pengiklan dapat mengiklankan perkhidmatan atau barangan dalam ruang siber dan mendapat pulangan daripadanya. Internet telah memberikan sumbangan yang sangat besar dalam bidang pendidikan. Kini para pelajar bukan sahaja menggunakan internet untuk berkongsi maklumat dan penyelidikan tetapi juga mengambil kursus tanpa perlu  melangkah kaki ke dalam bilik kuliah malahan mengambil soalan tugasan, membuat kuiz dan menduduki ujian melalui internet.



Di sebalik kebaikan yang begitu banyak terdapat pada internet, ia juga mempunyai beberapa keburukan. Contohnya seperti kewujudan kafe siber yang menyediakan kemudahan melayani internet telah menjadikan fenomena negatif dikalangan golongan belia seperti gejala melepak dan menyebabkan timbul masalah-masalah sosial yang lain. Internet juga telah membuka jalan kepada jenayah komputer. Bagi pengguna yang mahir dalam komputer mereka dapat menceroboh masuk ke dalam sistem sesebuah syarikat menerusi laman webnya di internet.

Ketagihan internet juga dapat mengubah kehidupan dan peribadi seseorang serta mengubah corak hidup yang perlu dilaksanakan. Mereka akan mengabaikan produktiviti kerja dan memencilkan diri sendiri semata-mata untuk menyelami maklumat dalam internet yang tanpa batasnya.

Artikel ini adalah untuk mereka yang mencari tentang kebaikan dan keburukan internet, kebaikan internet, keburukan internet, kebaikan menggunakan internet, kebaikan dan keburukan melayari internet, ok computer solution shah alam, ok computer solution, kedai komputer shah alam, kedai komputer di shah alam, repair laptop shah alam, pickup and delivery service, pickup and delivery, delivery service.

Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahun


Solihin - Pengurus Pusat

012 3653285

Monday 1 December 2014

Service on-site di Kedai Buku Stella, Mutiara Damansara

Oleh kerana kedai ini terlalu ramai sangat customer yang datang untuk print menggunakan pendrive, ada satu masalah besar yang timbul.

Apakah itu?

Ianya adalah perkongsian Virus yang telah tersebar daripada setiap pendrive dan akan berjangkit sekiranya customer baru datang untuk print kerja mereka.

Ibaratnya PC di kedai ini telah menjadi gudang Virus dek kerana banyaknya pendrive yang masuk tanpa tapisan Antivirus terlebih dahulu.

Implikasinya telah menyebabkan PC ini menjadi HANG, lembab dan menyakitkan hati penjaganya.

Oleh itu, dengan kepakaran yang kami ada PC ini telah pulih seperti sediakala.

Apa yang kami buat?

Kami backup semua document yang penting milik kedai ini, kemudian kami format seperti biasa.

Paling penting kami telah install Antivirus agar PC kedai ini menjadi peranti kepada Virus yang mendatang.


Jika anda ada masalah seperti di atas, bolehlah hubungi nombor di bawah :

Call/SMS/Whatsapp

Office - 0377316761

atau

Email ke : info@okcomputersolution.net


Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahun


Solihin - Pengurus Pusat

012 3653285