Thursday 19 March 2015

REPAIR MOTHERBOARD ASUS X452C


ASUS X452C

Asus X452C mempunyai reka bentuk yang slim. Walaupun dikategorikan sebagai laptop baru keluar, namun ianya masih tak terlepas daripada masalah berkaitan motherboard. Jom kita lihat semula spesifikasi laptop keluaran Asus ini.


-CPU Intel® Core™ i3-3217U 1.80 GHz
-Ram 4GB DDR3 1600MHz
-HDD 500GB
-DVD RW
-WiFi, Webcam, Bluetooth
-USB 3.0, SD Card
-VGA ATI Redeon 1GB
-Screen 14.0 inch LED Backlit Display
-Battery 06 cell over 5 hours

Sangat menarik dengan processor 3th generation, laptop model ini mampu memberikan prestasi maksima. TETAPI..........
Hampir 30% customer yang datang ke kedai kami membawa laptop model ini yang mempunyai masalah yang sama seperti dibawah:

  • CANNOT ON
  • NO DISPLAY 
  • AUTOSHUTDOWN
  • AUTORESTART


Punca Masalah

 





Masalah ini berpunca dari kipas Asus X452C yang sangat mudah memerangkap habuk. Apabila habuk semakin tebal , maka sistem penyejukan menjadi tidak efisien lalu memusnahkan chipset penting pada motherboard. Bila ini terjadi, chipset yang rentung atau terbakar tidak lagi berfungsi lalu menyebabkan laptop rosak

PENYELESAIAN

Kami memberikan penyelesaian utama.
Solusinya mudah sahaja, tukar sahaja chipset grafik baru!

Mungkin anda terpinga pinga apakah itu chipset grafik. 
Di bawah ini ada beberapa chipset yang telah kami tukar




Chipset grafik inilah yang mengawal visual yang keluar ke skrin laptop anda.
Chipset grafik ini letaknya di motherboard
Oleh kerana chipset grafik ATI Redeon adalah dari jenis yang sangat canggih, yakni bukan seperti chipset laptop biasa, 
jadi chipset ini cepat panas kerana menanggung grafik yang tinggi,banyak bekerja, ditambah pula dengan heatsink dan fan yang berhabuk
maka mudahlah chipset ni terbakar atau rentung.

Penyelesaian alternatif

Anda juga boleh menggunakan kaedah yang confirm elok iaitu tukar motherboard baru
tetapi harganya menjulang ke langit RM699 keatas.
Jaminan 3 bulan.
Sanggup ke???

Jangan tertipu dengan harga murah di pasaran, ada juga yang boleh repair chipset ini dengan menggunakan kaedah:

- heat gun
- reball
- reheat
- resolder

Ya masalah ini boleh dibaiki dengan kaedah di atas tetapi untuk jangka masa sangat sekejap.
Ini adalah kerana saya dulu juga buat benda yang sama, tetapi pasal tak tahan customer
asyik datang balik, jadi saya ambil keputusan buat kaedah repair tukar chipset sahaja.

Ini adalah kerana kaedah tukar chipset mempunyai kelebihan seperti

Faedah kepada customer-

- Dapat chipset baru
- Jaminan 3 bulan (sama macam tukar motherboard baru)
- Tahan lama
- Harga berpatutan

Faedah kepada kami - 

Customer happy kami happy...:)


HUBUNGI SAYA




Jika anda merasakan artikel ini bagus dan boleh dikongsi dengan rakan anda, berkongsilah melalui facebook, e-mail atau twitter Percayalah jika anda memberi satu kebaikan kepada orang lain 10 kebaikan akan kembali kepada anda.








No comments:

Post a Comment