Saturday 3 October 2015

APPLE : BAGAIMANA UNTUK MENGATASI MASALAH MAC HANG?

Mac hang biasanya masalah yang jarang berlaku, tetapi mac juga seperti komputer yang lain, adakalanya aplikasi akan tersekat dalam bulatan atau gegelung warna warni seperti dibawah. Apabila ini terjadi kesemua aplikasi atau seluruh OS X menjadi tidak responsif.


Persoalan yang selalu pelanggan bertanya kepada kami:


"Macbook saya hang - saya tidak dapat berbuat apa-apa. Apa yang harus saya lakukan?"

"iMac saya hang apabila saya buka suatu aplikasi, dan ia melambatkan kerja saya"

ADAKAH MASALAH BERPUNCA DARIPADA SUATU APLIKASI ATAU KELSELURUHAN OS?




Perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah menentukan samada keseluruhan OS X terjejas atau satu aplikasi sahaja yang bermasalah, OS X adalah sistem operasi yang mudah, pintar dan memori yang digunakan oleh aplikasi ini diuruskan oleh sistem OS X.

Bagi sebahagian besar, jika satu aplikasi bermasalah( biasanya bila tersekat dalam gelung warna warni dan mengguna terlalu banyak memori) anda akan dapat mengetahuinya dengan mudah : 
anda akan mendapat suatu amaran seperti gambar diatas yang memberitahu anda bahawa aplikasi itu berhenti dengan tiba-tiba. 

Apabila amaran seperti diatas keluar, anda mempunyai dua pilihan:

  • Klik Reopen untuk memulakan aplikasi semula dn menghantar laporan kepada Apple.
  • Klik OK untuk menutup amaran tersebut.

Berhenti menghantar Crash Report kepada Apple


Kebiasanya OS X akan menghantar crash report kepad Apple apabila berlaku aplikasi crash,
Apple menggunakan data ini menggruruskan pembangunan OS X dan menyediakan sistem yang lebih stabil pada masa hadapan

Sekiranya anda tidak berminat untuk menghantar data crash report kepada Apple, anda boleh mematikan fungsi laporan automatik dalam System Preferences :

  1. Buka System Preferences
  2. Klik Security & Privacy
  3. Klik pada kekunci disebelah kiri bawah tetingkap dan masukkan password admin
  4. Pilih Privacy > Diagnostics & Usage.
  5. Membuang pilihan diagnostic & usage data to Apple dan share crash data with app developers
  6. Klik pada kekunci sekali lagi untuk kunci System Preferences
Sekarang, apabila berlaku lagi masalah sebegini, anda akan mendapat butang Reopen dan Report. Klik butang Report untuk mrnghantar report kepada Apple; Klik butang Reopen untuk membuka semula program ini.

Apa yang anda lakukan jika aplikasi tersekat ( Hang )?


Mac OS X akan menghenti atau memulakan semula aplikasi yang tersekat (hang), ini adalah jalan yang terbaik bagi OS X untuk menangani "crash". Selalunya anda akan berhadapan dengan masalah ini apabila menu aplikasi dan ikon tidak memberi sebarang respon.

Disini ada beberapa langkah untuk anda menangani masalah ini : 

  1. Buka ruangan/desktop yang baru untuk OS X. Klik pada App Window, atau desktop. Selain itu, tekan Command - Tab untuk tukar kepada aplikasi yang lain.
  2. Control - klik ikon aplikasi pada Dock.
  3. Tekan dan tahan butang Option (Quit pada menu akan bertuakr kepada Force Quit).
  4. Pilih Force Quit.
Aplikasi tersebut terus akan tertutup, Selain daripada cara ini, terdapat lagi satu cara yang mana boleh digunakan apabila Dock tidak responsif, tekan Command - Option - Esc untuk membuka tetingkap Force Quit. Pilih aplikasi yang tidak berfungsi dan klik Force Quit.


Untuk Urusan Boleh Call Kami 24 Jam, setiap hari dan sepanjang tahun






TESTIMONI


Dah beratus ratus customer yang datang ke kedai kami ( sila lihat testimoni)

di bawah adalah beberapa Macbook Pro yang telah dibaiki oleh kami.







































No comments:

Post a Comment