Macbook Pro Retina A1502 Early 2015 NVME Upgrade | OKCSJB (Kedai Repair Macbook Johor Bahru)
Ini adalah kelajuan hasil daripada upgrade "Stock SSD Apple" ke Samsung 960 Evo NVME SSD
Laju bukan? Okay kami nak kongsi kan kali ini kami dapat satu kes dimana Macbook ini semasa dihantar kepada kami mengalami masalah "no entry sign" Ya selalu nya simbol ini bermaksud osx tiada atau sudah "corrupted"
Jadi kami pun ambil langkah untuk format melalui external usb tetapi gagal! Sebab apa?
Nah SSD asal macbook ini sudah rosak dan tak detect!
Wah bukan murah ssd ni, boleh beli laptop used yang bagus, hmm
Setelah berbincang dengan tuan macbook ini setuju untuk Upgrade Macbook Pro Retina A1502 Early 2015 beliau kepada NVME Samsung 960 Evo
Untuk memulakan proses upgrade ini agak rumit kerana bukan semua macbook boleh pakai SSD jenis NVME ini
Antara barang yang perlu ada "Converter SSD asal ke NVME"
![]() |
Haa ini lah dia rupa Samsung 960 Evo NVME SSD + Adapter NVME Converter |
Dah ada converter? Tenang ini baru langkah awal, bukan semua Kedai Repair Macbook Di Jb ada jual converter ini, jangan risau kami ada untuk pastikan anda ceria semula
Kemudian kami pun buat proses pemasangan pada Macbook Pro Retina A1502 Early 2015 ini
No comments:
Post a Comment